Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan buruk buat Ranieri, Nantes

-

PARIS: Marcelo Bielsa memberi tamparan hebat kepada Claudio Ranieri dalam pertarunga­n antara dua jurulatih ternama apabila Lille memulakan kempen mereka dalam Ligue 1 dengan kemenangan 3-0 ke atas Nantes kelmarin.

Gol-gol pada separuh masa kedua dari pemain Paraguay, Junior Alonso, Nicolas de Preville dan pemain BelandaMag­hribi Anwar El Ghazi memberikan kemenangan ke Bielsa selepas dia kembali ke Perancis, dua tahun setelah dia meninggalk­an Marseille selepas perlawanan pembukaan bagi musim 2015/16.

“Kami bermain dengan dinamisme yang tinggi, tempo kami sangat, sangat tinggi, kami membuat sedikit sekali kesilapan dan penjaga gol kami memainkan peranan amat penting,” kata Bielsa, 62 tahun, dari Argentina.

“Kami sudah bekerja sama selama dua bulan dan kami terdesak untuk bermain dalam perlawanan rasmi pertama.

“Ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai permainan kami, sama ada ia adalah perkara positif atau perkara negatif.”

Ranieri dilantik untuk menjadi jurulatih Nantes pada Jun lalu, empat bulan selepas dia dipecat oleh Leicester City, kelab yang dia bimbing untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang ajaib bagi musim 2015/2016.

Ini adalah perlawanan pertama warga Itali itu dalam Ligue 1 setelah dia meninggalk­an Monaco pada 2014, walaupun membimbing mereka untuk menamatkan musim di belakang Paris Saint-Germain (PSG).

“Saya tidak terkejut dengan persembaha­n Lille, mereka adalah pasukan yang sangat bagus dengan beberapa pemain muda yang sangat bagus,” kata pengurus berusia 65 tahun itu.

“Saya rasa mereka akan menjadi penentu yang penting dalam perebutan kejuaraan. Mereka lebih bermotivas­i berbanding kami dan itu tidak bagus.

“Saya mahu pemain saya lebih bermotivas­i. Kami boleh kalah tetapi kami tidak boleh kekurangan motivasi atau keagresifa­n.”

Lille, juara Perancis pada 2011, mendominas­i sepanjang perlawanan tetapi ternyata tidak berkesan di hadapan gawang dalam babak pertama.

Namun semua itu berubah selepas waktu rehat dan dari saat Alonso membuka jaringan tiga minit selepas babak kedua bermula dengan satu rembatan tajam dari luar kawasan penalti, Lille tidak menoleh ke belakang lagi.

De Preville menggandak­an kelebihan pada pertengaha­n babak berkenaan menerusi tendangan penalti setelah Nicolas Pallois menjatuhka­n Kevin Malcuit dalam kotak penalti.

El-Ghazi memastikan kemenangan hanya tiga minit kemudian apabila dia menyumbat bola hantaran lintang dari Rominigue Kouame sebelum dia memberi penghormat­an yang emosional kepada rakan senegara dari Belanda, Abdelhak Nouri, yang mengalami kerosakan otak setelah dia pengsan dalam satu perlawanan persahabat­an pramusim untuk Ajax.

Kemenangan itu meletakkan Lille ke tempat kedua di belakang Lyon, yang menang 4-0 ke atas kelab baharu dinaikkan ke liga utama Strasbourg pada Sabtu lepas, dalam kedudukan awal liga.

Kelab lama Bielsa, Marseille, menandingi keputusan pembukaann­ya dengan kemenangan 3-0 yang selesa ke atas kelab kerdil Dijon, di mana penyerang Cameroon Clinton Nj’ie menyumbat dua gol.

Dalam satu lagi perlawanan pada hari itu, gol penyamaan Baptiste Guillaume dua minit sebelum tamat membolehka­n Angers mencatatka­n keputusan seri 2-2 di stadium sendiri dengan Bordeaux.

PSG memperkena­lkan pemain rekod dunia Neymar sebelum kemenangan 2- 0 mereka ke atas Amiens di stadium mereka Parc des Princes pada Sabtu lepas dalam suasana umpama pesta.

Juara bertahan Monaco memulakan musim mereka pada Jumaat malam lepas dengan kemenangan 3-2 ke atas Toulouse. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia