Utusan Borneo (Sarawak)

AS mendahului Jamaica 2-0 dalam acara pecut

Bowie memenangi pingat emas untuk meletakkan Thompson atlet pilihan dari Jamaica di tempat ke-5

-

LONDON: Tori Bowie dari Amerika Syarikat ( AS) mengejutka­n atlet pilihan dari JamaicaEla­ineThompso­nuntuk memenangi acara 100 meter dunia kelmarin, manakala atlet New Zealand Tomas Walsh mendominas­i acara lontar peluru dengan siri lontaran yang menakjubka­n.

Di hadapan satu lagi sesi yang penuh sesak di Stadium London, atlet lompat bergalah dari Greece Ekaterina Stefanidi dan atlet heptatlon Nafi Thiam turut menambah kejuaraan dunia kepada pingat emas Olimpik yang mereka menangi di Rio pada tahun lepas.

Terdahulu kelmarin, Geoffrey Kipkorir Kirui dari Kenya memenangi maraton lelaki untuk menebus kegagalan negaranya menaiki podium dalam dua kejohanan terakhir, manakala atlet Bahrain kelahiran Kenya Rose Chelimo menewaskan veteran Edna Kiplagat untuk memenangi perlumbaan wanita.

Dua puluh empat jam selepas kejutan dalam perlumbaan akhir acara 1 0 0 meter l e l a k i di mana Usain Bolt ditumpaska­n oleh musuh utama Justin Gatlin, Bow- ie memastikan pasukan AS menjadikan­nya 2-0 dalam acara-acara pecut ke atas Jamaica pada hari ketiga kejohanan.

Bowie menebus pingat emas yang dia menangi di temasya Sukan Rio dengan junaman liar di garisan yang menyaksika­nnya menang dalam masa 10.85 saat, hanya satu perseratus sahaja di hadapan atlet Ivory Coast, Marie-Josee Ta Lou, manakala Thompson di tempat kelima (10.98).

“Junaman itu tidak rasa begitu bagus sekarang,” kata Bowie, juara AS. “Saya tidak pernah berputus asa sehingga saya melintasi garisan.”

Bowie jatuh di atas balapan setelah melintasi garisan dan pada mulanya, Ta Lou kelihatan gembira tetapi papan catatan masa menunjukka­n sebaliknya.

“Saya tidak tahu saya telah menang,” kata Bowie. “Satusatuny­a perkara yang saya tahu ialah pada malam ini, saya akan mempertaru­hkan segalanya.”

Thompson bermula dengan baik, tetapi pudar selepas pertengaha­n larian, dan tidak dapat menemui gear tambahan seperti apa yang dia telah lakukan kebanyakan waktu pada musim ini.

Ta Lou kemudian muncul sebagai pendahulu yang jelas tetapi Bowie mengurangk­an kelebihann­ya dan kemudian menghasilk­an junaman hidupnya untuk merampas kejuaraan dari bawah hidung pelari genit dari Ivory Coast itu.

Dalam padang, Walsh mempamerka­n prestasi cemerlang, dan menghasilk­an lontaran terbaiknya, 22.03 meter, dengan cubaan keenam dan terakhir dalam acara lontar peluru lelaki.

Stefanidi, Juara Olimpik dari Greece, menikmati pertarunga­n yang mengasyikk­an dengan Sandi Morris dari AS dalam acara lompat bergalah.

Atlet berusia 27 tahun itu mencatatka­n rekod kebangsaan dengan lompatan setinggi 4.91 meter untuk mencapai kemenangan, sebelum melakukan tiga cubaan yang gagal untuk mencipta rekod kejuaraan bagi ketinggian 5.02 meter.

Morris, juara tertutup dunia dan pemenang pingat perak Olimpik di belakang Stefanidi di Rio pada tahun lepas, memenangi pingat perak dengan lompatan terbaik 4.75 meter.

Juara bertahan dari Cuba, Yarisley Silva, berkongsi pingat gangsa dengan Robeilys Peinado dari Venezuela.

Aksi Stefanidi diulangi Thiam, atlet berusia 21 tahun dari Belgium yang melakukan secukupnya dalam acara ketujuh dan terakhir heptatlon, 800 meter, untuk mengumpul mata keseluruha­n 6,784 mata, manakala pendahulu sebelum itu Carolin Schafer dari Jerman membawa pulang pingat perak dengan 6,696 mata.

“Ia adalah tahun yang amat sukar, dengan banyak tekanan, tetapi saya berjaya menghasilk­an persembaha­n yang hebat,” kata Thiam — AFP

Saya tidak tahu saya telah menang. Satusatuny­a perkara yang saya tahu ialah pada malam ini, saya akan mempertaru­hkan segalanya. Tori Bowie Atlet pecut wanita AS

 ?? — Gambar AFP ?? AS MENDOMINAS­I: Bowie meraikan kejayaan dengan membawa bendera negaranya mengelilin­gi stadium. DI HADAPAN: Bowie mendahului peserta yang lain untuk memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter wanita pada Kejohanan Dunia IAAF di Stadium London,...
— Gambar AFP AS MENDOMINAS­I: Bowie meraikan kejayaan dengan membawa bendera negaranya mengelilin­gi stadium. DI HADAPAN: Bowie mendahului peserta yang lain untuk memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter wanita pada Kejohanan Dunia IAAF di Stadium London,...
 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia