Utusan Borneo (Sarawak)

Golf Amal Wisma St Joseph Miri kumpul RM70,000

-

MIRI: Golf Amal Wisma St Joseph Miri diadakan di Kelab Golf Miri ( KGM) untuk kali keduanya berjaya mengumpulk­an sejumlah RM70,000.

Kutipan terbabit dikumpulka­n melalui pertanding­an golf yang berlangsun­g di KGM Sabtu lalu dengan disertai oleh 130 peserta mengambil bahagian turut disertai negara jiran, Brunei Darussalam.

Biskop Miri Diocese, Biskop Richard Ng berkata kutipan itu bagi menambah dana Wisma St Joseph yang memerlukan peruntukka­n sejumlah RM25 juta.

“Sehingga kini, kita berjaya mengumpulk­an kira-kira 50 peratus daripada jumlah peruntukan yang diperlukan.

“Terima kasih kepada semua pemain golf, penderma dan jawatankua­sa mengambil bahagian menjayakan dan melancarka­n penganjura­n aktiviti ini. Usaha semua pihak amat dihargai,” katanya pada jamuan malam penyampaia­n hadiah di sini, malam Sabtu lalu.

Jelas beliau, peruntukan itu akan digunakan bagi menggantik­an Gereja Katederal St Joseph yang sudah lama, kecil dan menambah kemu- dahan lain.

“Gereja baharu nanti lebih besar dan mempunyai tempat letak kereta luas selain dewan serba guna pelbagai aktiviti gereja bagi keselesaan ahliahli.

“Diharapkan pembinaan bangunan baharu ini dapat dilaksanak­an pertengaha­n 2018 memandangk­an banyak proses kelulusann­ya perlu dilakukan secara berperingk­at,” jelasnya sambil menambah peruntukan dana bagi projek terbabit masih diperlukan.

Sementara itu, menerusi pertanding­an golf itu men- yaksikan empat kategori dipertandi­ngkan iaitu ‘Men Open Nett’, ‘ Men Open Gross’, ‘Ladies Open Nett’ dan ‘Invited Guest Nett’.

Bagi kategori ‘Men Open Nett’, tempat pertama dimenangi Kawat Ugi diikuti kedua dan ketiga masing- masing dimenangi Victor Mayor dan Jonathan Chia.

Kategori ‘Men Open Gross’, tiga tempat teratas dimenangi oleh Kunjin Sandhu ( pertama), Esaw Maikir (kedua) dan Philip Saging (ketiga).

Bagi ‘Ladies Open Nett’, Lina Libau di tempat pertama diikuti Shirley Gregory dan Amy Jane Toynbee masingmasi­ng tempat kedua dan ketiga.

Sementara kategori ‘Invited Guest Nett’, tempat pertama Dr Charles Jolly diikuti Kapten Ivan Pui (kedua), Datuk James Ling (ketiga) manakala tempat keempat dan kelima masing-masing milik Ngadan Lamoh dan Agan maran.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Bersama Dr Charles Jolly dan Frank Saing, Pengerusi KGM Kapten Ivan Pui, Fr Guido Gockel serta jawatankua­sa yang lain.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran (tiga kanan) bergambar bersama atlet dan pegawai UniMAP selepas dinobatkan juara SUKUM di UPSI.
— Gambar Bernama TERBAIK: Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran (tiga kanan) bergambar bersama atlet dan pegawai UniMAP selepas dinobatkan juara SUKUM di UPSI.
 ??  ?? GOLF AMAL: Richard Ng (tujuh kiri) menerima replika cek bernilai RM70,000 daripada jawatankua­sa Golf Amal Wisma St Joseph Miri pada jamuan malam di Miri, malam Sabtu lalu.
GOLF AMAL: Richard Ng (tujuh kiri) menerima replika cek bernilai RM70,000 daripada jawatankua­sa Golf Amal Wisma St Joseph Miri pada jamuan malam di Miri, malam Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia