Utusan Borneo (Sarawak)

MLS: Villa jaring hatrik untuk New York City

-

NEW YORK: Hatrik pertama kapten kelab New York City David Villa dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) menjulang pasukannya untuk mencapai kemenangan 3-2 ke atas New York Red Bulls di Stadium Yankee kelmarin. Superstar Sepanyol itu menjaringk­an lapan gol dalam lapan perlawanan­nya sebelum ini dan sekarang mendahului liga dengan 17 gol pada musim ini – lebih satu berbanding Nemanja Nikolic dari kelab Chicago Fire. Villa membuka jaringan pada minit ke- 28, selepas dia melepasi barisan belakang Red Bulls dan mengelecek penjaga gol Red Bulls yang meluru keluar Luis Robles untuk menyumbat gol.

Bradley Wright- Phillips kemudian menjaringk­an dua gol untuk Red Bulls, dengan rembatan kaki kirinya pada minit ke-41 yang menjadikan kedudukan 1- 1 sebelum cubaannya pada minit ke-64 meletakkan mereka 2-1 di hadapan.

Larian solo Villa menghasilk­an gol penyamaan pada minit ke-72, dan tiga minit kemudian dia memperoleh­i tendangan penalti daripada pemain pertahanan Red Bulls, Sal Zizzo.

Villa mengeliruk­an Robles dengan tendangan penalti yang menyusul, tendangan rendah ke sudut kiri, dan New York City bertahan untuk mencatatka­n kemenangan kedua berturut-turut ke atas seteru tetangga mereka.

“Saya akan meletakkan hari ini dalam kelompok tiga perlawanan terbaik sejak saya menjadi jurulatih pasukan,” kata pengurus City Patrick Vieira. “Kami perlu bermain pada tahap terbaik untuk menang.”

Di bahagian pantai seberang, Portland Timbers menamatkan kemerosota­n mereka di tempat sendiri dengan kemenangan 3-1 ke atas Los Angeles Galaxy.

Portland tidak menang di tempat sendiri dalam tempoh hampir dua bulan dan memulakan perlawanan selepas mereka jatuh ke tempat ketujuh dalam ‘Western Conference’.

Kemenangan itu meletakkan mereka di tempat kelima hasil usaha David Valeri, yang merembat jaringan pada minit ke-31 untuk meletakkan Timbers 2-1 di hadapan.

Gol Liam Ridgewell meletakkan Portland di hadapan selepas hanya empat minit.

Pemain Galaxy Emmanuel Boateng membalas hanya seminit kemudian untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Sistem reviu bantuan video yang dilaksanak­an pada hujung minggu lepas oleh MLS kemudian memainkan peranan.

Gyasi Zardes menolak masuk bola yang melantun balik betul-betul di hadapan gawang untuk meletakkan Galaxy 2-1 di hadapan.

Namun pengadil Drew Fischer meminta reviu yang menunjukka­n Zardes menyentuh bola dengan tangan, dan daripada diberi jaringan, dia dilayangka­n kad kuning.

Pengurus Galaxy Sigi Schmid berkata keputusan yang dibuat selepas reviu adalah betul.

“Ulang tayang video adalah bagus,” kata Schmid mengenai sistem yang dilaksanak­an oleh MLS pada hujung minggu lepas – setelah cuti All-Star – bagi baki musim ini.

“Ia adalah penting untuk membuat keputusan yang betul, dan ia ternyata membuat keputusan yang betul.”

Setelah gol yang dibatalkan itu, Timbers menguasai semula perlawanan. Gol Valeri disusuli gol insurans dari Alvas Powell pada minit ke-53. — AFP

 ??  ?? VILLA
VILLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia