Utusan Borneo (Sarawak)

Lochte menangi acara 200 meter rampaian individu

-

NEW YORK: Juara Olimpik sebanyak empat kali Ryan Lochte memenangi acara 200 meter rampaian individu di kejohanan Terbuka Amerika Syarikat kelmarin dengan rekod kejohanan 1 minit 59.24 saat.

Veteran Amerika itu menamatkan renangan di hadapan perenang Britain Xavier Mohammed (2:00.47), bersama Sam Stewart (2:01.51), untuk melengkapk­an kepulangan­nya kepada pertanding­an yang dibenarkan oleh USA Swimming ekoran penggantun­gan selama 10 bulan.

Lochte, yang memenangi 12 pingat Olimpik termasuk enam pingat emas, digantung setelah melakukan sesuatu yang berani dan nakal di Olimpik Rio de Janeiro 2016, dengan menyatakan dia dan tiga rakan sepasukan telah dirompak setelah berparti sepanjang malam.

Polis Brazil kemudian mendapati cerita itu, yang menjadi tajuk berita utama antarabang­sa dan memalukan penganjur temasya Sukan itu, kebanyakan­nya direkareka.

Sekarang perenang berusia 33 tahun itu berharap kepulangan­nya akan membawanya ke temasya Sukan Tokyo pada 2020 – walaupun dia sedikit ketinggala­n dalam latihannya berbanding rancangan asal disebabkan oleh tuntutan sebagai bapa baharu.

Dia dan tunangnya Kayla Rae Reid menyambut kelahiran anak lelaki Caiden pada Jun lalu.

“Tidak kira apa pun masa pada malam ini, saya tahu saya dapat berenang lebih pantas,” kata Lochte, yang memegang rekod dunia 1:54.00 dalam acara 200 meter rampaian.

“Saya tahu ia tidak akan sampai di sana kerana saya kurang berlatih pada tahun ini. Saya mengutamak­an keluarga saya dan saya tidak menyesalin­ya. Keluarga adalah segalanya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia