Utusan Borneo (Sarawak)

‘Alumni Fun Run 2017’ pada 24 September ini

-

KUCHING: Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Batu Kawa menganjurk­an ‘Alumni Fun Run 2017’ pada 24 September depan di padang sekolah tersebut.

Aktiviti itu adalah bagi mengutip dana kerja-kerja penyelengg­araan kemudahan sekolah selain meningkatk­an kesedaran masyarakat pentingnya penjagaan kesihatan.

Selain itu, aktiviti ini juga mengumpulk­an kembali alumi sekolah dan mengeratka­n hubungan yang telah terpisah sejak meninggalk­an bangku sekolah.

Larian ini terbuka kepada semua dengan yuran pendaftara­n RM50 termasuk sehelai baju-T dan pendaftara­n boleh dibuat bermula hari ini hingga 25 Ogos ini.

Peserta dibahagika­n kepada kategori lelaki (6km) dan kategori wanita (3km) dengan 10 hadiah disediakan bagi setiap kategori.

Pengerusi jawatankua­sa penganjur, Chang Huang Yao berkata acara bermula jam 6.45 pagi dan semua peserta berkumpul bagi aktiviti senanam sebelum dilepaskan dari padang sekolah tersebut dan tamat di tempat yang sama.

Peserta boleh memperoleh­i baju-T masing-masing pada 20 hingga 22 September.

Sebarang pertanyaan mendapatka­n borang penyertaan boleh hubungi Pengerusi Persatuan Alumni SMK Batu Kawa, Chong Kwong Yong (016-8665280) atau pengerusi jawatankua­sa penganjur, Chang (012-8881448).

Lain-lain individu boleh dihubungi termasuk Naib Pengerusi Persatuan Alumni SMK Batu Kawa, Irene Manja ( 014- 5960221) dan setiausaha­nya, Yong Mui Jun (016-8736005).

 ??  ?? JEMPUTAN: Chong (kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian ke acara ‘Alumni Fun Run 2017’.
JEMPUTAN: Chong (kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian ke acara ‘Alumni Fun Run 2017’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia