Utusan Borneo (Sarawak)

Semua persatuan, kelab sukan Sibu tentukan atlet wakili Zon Tengah

-

SIBU: Semua persatuan dan kelab sukan di sini mempunyai tanggungja­wab besar dalam menentukan atlet bagi mewakili Zon Tengah pada Kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) 2017 di Kuching Disember akan datang.

Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata selain itu persatuan dan kelab terbabit perlu merapatkan diri dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) bagi mewujudkan latihan.

“Sukan amat memerlukan kelab membuat latihan serta menganjurk­an pertanding­an bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam sesuatu sukan bagi mewakili SUKSAR 2017 nanti.

“Justeru, setiap kelab dan persatuan sukan harus mempunyai rancangan tersendiri bagi merealisas­ikan sukan tersebut,” katanya pada Kejohanan Petanque Remaja Sibu 2017 anjuran Persatuan Sukan Petanque Bahagian Sibu (PSPBS) dengan kerjasama Pejabat Residen dan MSN di sini petang kel- marin.

Hadir sama Ketua MSN Zon Tengah, Gloria James Juat dan Timbalan Pengerusi PSPBS, Khairol Arrifin.

Menurut Hii, setiap hujung minggu bahagian ini mengadakan pertanding­an atau kejohanan sukan-sukan berkaitan sebagai langkah mencari atlet bagi diserapkan pada SUKSAR nanti.

Beliau turut menggesa persatuan dan kelab-kelab sukan agar mencontohi PSPBS menganjurk­an kejohanan petanque bagi mencungkil bakat- bakat baharu dalam sukan tersebut.

Pada pertanding­an tersebut, seramai 80 peserta terdiri pelajar sekolah rendah dan menengah mengambil bahagian pada kejohanan ber- langsung 5 dan 6 Ogos ini.

Kategori lelaki individu, Halim Tok Thong Liang dari SMK Rosli Dhoby muncul juara diikuti Muhammad Zahiruddin (PSPBS Junior) di tempat kedua dan Charles Luang (PGA Lanang) di tempat ketiga.

Clarrisa Endi dari SMK Methodist, Nurairina Nasuha (PGA Lanang) dan Nur Hazeera (SMK Methodist) mengunggul­i tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori wanita individu.

Pasukan PGA Lanang muncul juara kategori lelaki berpasanga­n diikuti SMK Rosli Dhoby selaku naib juara dan tempat ketiga disandang Kelab Petanque Sibu Jaya (KPSJ).

Bagi kategori wanita berpasanga­n, Kolej Vokasional telah mengunggul­inya diikuti SMK Sibu Jaya selaku naib juara dan tempat ketiga disandang SMK Methodist.

Juara kategori lelaki triple dimenangi SMK Rosli Dhoby terdiri Slvestian Boob, Muhd Farid Aiman dan Zul Khairie Zaberi.

Sekolah itu juga memenangi tempat kedua menerusi pemainnya iaitu Cornellius Noel, Halim Tok Thong dan Nur Imaduddin Ibrahim.

Tempat ketiga disandang Kolej Vokasional menerusi pemainnya iaitu Zulfadzli Zakeri, Farid Haikal dan Mohd Iqhwan.

SMK Methodist menerusi pemainnya Nurafidah Fadzali, Chelsea Crescentia dan Ivone Lucyana muncul juara kategori wanita triple.

Naib juara disandang Kolej Vokasional menerusi Victoria Emma, Shirley Emmelya dan Jacqueline Nie.

Nur Dini Fikriyah, Nur Famina dan Nur Azmiza Ramli dari SMK Methodist di tempat ketiga.

Semua juara kategori masing-masing dipilih mewakili Sibu pada kejohanan Petanque Zon Tengah pada 27 dan 28 Ogos ini.

Pertanding­an itu disertai peserta dari Mukah dan Kapit bagi memilih atlet mewakili zon tengah pada SUKSAR yang akan diadakan di Kuching pada 14 hingga 17 Disember depan.

 ??  ?? KIBAR CABARAN: Peserta Kejohanan Petanque Remaja Sibu 2017 merakamkan kenangan selepas berakhirny­a kejohanan tersebut di Sibu, petang kelmarin.
KIBAR CABARAN: Peserta Kejohanan Petanque Remaja Sibu 2017 merakamkan kenangan selepas berakhirny­a kejohanan tersebut di Sibu, petang kelmarin.
 ??  ?? SARAWAK BOLEH!!: AwangTenga­h (lima kanan) melaungkan kata-kata semangat bersama kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.
SARAWAK BOLEH!!: AwangTenga­h (lima kanan) melaungkan kata-kata semangat bersama kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia