Utusan Borneo (Sarawak)

Adam lelaki baik hati dan penyayang - Yuna

-

Selepas kecoh dengan khabar angin mengatakan beliau telah bertunang dengan adik kepada pelakon Asyraff Sinclair beberapa bulan sebelum ini, akhirnya penyanyi antarabang­sa Yunalis Zaraai telah selamat menjadi tunang kepada Adam Yousof Mohamad Sinclair, Sabtu lepas (5 Ogos 2017).

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n, majlis pertunanga­n telah berlangsun­g di kediaman keluarga Yuna di Shah Alam dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat mereka.

Perkenalan Yuna, 30, dan Adam, 32, bermula semasa di set penggambar­an iklan yang diarahkan oleh Adam pada tahun 2013 dan perhubunga­n mereka semakin serius pada penghujung tahun 2015.

Rancangan untuk mengikat tali pertunanga­n ini dibuat setelah keluarga kedua-dua pihak bertemu muka pada bulan Mac lalu.

“Syukur Alhamdulil­lah, majlis pertunanga­n kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaa­n saya. Berkat doa mereka, hari ini (5 Ogos 2017) saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair,” kata Yuna.

Yuna turut melahirkan kesyukuran­nya kerana dipertemuk­an dengan lelaki seperti Adam yang menurutnya sangat peyanyang dan baik hati yang mewarnai hidup beliau dengan senyum dan ketawa.

Yuna yang pernah berduet bersama penyanyi Usher melalui lagu ‘Crush’ mula mengenali Adam Sinclair seorang pengarah di set rakaman untuk iklan televisyen pada awal tahun 2013 sebelum mula rapat pada akhir 2015.

 ?? — Bernama ?? Majlis merisik telah diadakan pada 27 Mac 2017.
— Bernama Majlis merisik telah diadakan pada 27 Mac 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia