Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah berhak larang masuk individu berniat jahat: Musa

Pembangkan­g tidak dilarang, namun biarlah berniat baik

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mempunyai hak untuk melarang mahupun menyekat kemasukan manamana individu berniat jahat serta dengan hasrat memfitnah, meracuni fikiran dan memecah-belahkan rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan negeri ada kuasa untuk berbuat demikian bagi memastikan tiada elemen tidak berasas masuk ke Sabah yang boleh memporak-perandakan keadaan sehingga menjejaska­n keamanan dan keharmonia­n rakyat.

“Ini adalah hak kita kerana (Sabah) adalah negeri kita. Kita ada kuasa ( melarang kemasukan individu berniat jahat) maka kita menggunaka­n kuasa ini.

“Untuk apa kita mahu (membenarka­n) orang tidak berguna (masuk ke Sabah) kalau (ada niat buruk) yang boleh memecah- belahkan, merosakkan dan meracuni fikiran rakyat. Untuk apa? Ini bukan cara kita.

“Kerajaan bodoh sahaja membiarkan penyamun, penyangak datang ke tempat (negeri) mereka,” katanya ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2017 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sabah semalam.

Terdahulu, Christina Liew (PKR-Api Api), dalam perbahasan­nya meminta kerajaan negeri menarik balik larangan dikenakan terhadap beberapa anggota Parlimen dari Semenanjun­g yang merupakan pemimpin tertinggi parti pembangkan­g untuk masuk ke Sabah.

Antara pemimpin pembangkan­g yang dilarang masuk ke Sabah ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Musa berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima kedatangan anggota serta pemimpin pembangkan­g ke Sabah, namun, biarlah kehadiran mereka ke negeri ini berlandask­an prinsip dan niat yang baik.

“Walaupun dia (individu) itu pembangkan­g, tapi dia (kehadirann­ya ke Sabah ber- niat) baik, kita benar mereka datang ke Sabah.

“Saya tidak melarang (Penasihat DAP) Lim Kit Siang (masuk ke Sabah); saya tidak melarang (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng; saya tidak melarang ( Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail.

“Tetapi, orang (individu) tertentu yang mempunyai niat busuk memecah-belahkan, membuat fitnah dan meracuni fikiran rakyat. Tidak!,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MAUT: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam lori tanker itu.
MAUT: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam lori tanker itu.
 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Musa berbincang sesuatu dengan tiga timbalanny­a (dari kiri) Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Yahya Hussin, dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebelum Persidanga­n DUN Sabah hari pertama bermula semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Musa berbincang sesuatu dengan tiga timbalanny­a (dari kiri) Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Yahya Hussin, dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebelum Persidanga­n DUN Sabah hari pertama bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia