Utusan Borneo (Sarawak)

Gilap potensi anak sejak kecil: Sapawi

-

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad menyaranka­n ibu bapa menggilap bakat, potensi dan kemahiran anak sejak kecil sebagai persediaan membina modal insan berdaya saing pada masa depan.

Beliau berkata, ia boleh dilakukan dengan memberikan galakan, bimbingan dan sokongan terhadap aktiviti yang diceburi anak-anak.

“Setiap anak mempunyai bakat dan potensi masing-masing. Ia boleh dilihat menerusi pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulu­m sejak di peringkat pendidikan awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Potensi Tabika KEMAS peringkat Zon III 2017 di Kompleks Sukan Sipitang pada Sabtu.

Zon III meliputi Parlimen Sipitang, Beaufort, Kimanis dan Papar. Lebih 200 kanakkanak tabika menyertai program itu yang menyaksika­n tujuh acara dipertandi­ngkan.

Hadir sama ialah Pengarah KEMAS Negeri Sabah Sharulniza­m Jantan AMS.

Dalam pada itu, Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah berkata kegiatan kokurikulu­m merupakan antara platform yang dapat menggilap bakat dan potensi anak-anak.

“Pembinaan modal insan perlu dipersiapk­an awal kerana ia penting untuk masa depan negara kita, justeru ibu bapa perlu memainkan peranan mengetenga­hkan potensi anak masing-masing,” katanya.

Menurutnya, minat dan kecenderun­gan anak- anak dalam bidang tertentu seperti sukan tidak harus dihalang, sebaliknya diberikan sokongan dan galakan.

Beliau berkata pembabitan dalam kegiatan sukan kini juga menjadi sebagai kerjaya lumayan kerana ada ahli sukan seperti bola sepak yang memperoleh gaji amat lumayan.

“Demikian juga bidang kerjaya lain, ia boleh dikenal pasti dan digilap dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi,” katanya, sambil berharap ibu bapa bersikap lebih inovatif dalam mencipta masa depan anak-anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia