Utusan Borneo (Sarawak)

Jaminan kenderaan mungkin diperluas kepada biodiesel B10 bagi kenderaan perdaganga­n

-

SHAH ALAM: Kerajaan, menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), sedang berbincang dengan syarikat automotif untuk meluaskan jaminan kenderaan kepada biodiesel B10 bagi kenderaan perdaganga­n daripada B7 ketika ini.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata kerajaan juga membincang­kan untuk meningkatk­an kualiti minyak biodiesel dalam mesin dan kenderaan industri kepada B7 daripada B0 pada masa ini.

“Kami memperkena­lkan biodiesel B7 bagi kenderaan perdaganga­n pada Disember 2014. Kami sebenarnya sedang menimbang untuk menaikkan (kepada B10 daripada B7) dan telah berbincang dengan industri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengeluar serta pengedar kereta, serta pemilik stesen minyak dalam tempoh beberapa bulan lepas.

“Kami mengambil kira kebimbanga­n akan pelaksanaa­n (B10) dengan jaminan kenderaan hanya sehingga biodiesel B7,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucap tama di Persidanga­n Biodiesel Sawit pertama, di sini, semalam.

Beliau berkata, MPOB dan banyak industri tempatan telah menjalanka­n ujian keserasian B10 bagi kenderaan perdaganga­n dan keputusann­ya sangat positif dengan tanpa impak negatif dalam prestasi enjin.

“Ramai orang bimbang biodiesel sawit, apabila digunakan di jalan bercerun tinggi seperti di Cameron Highlands, akan menimbulka­n masalah bagi kenderaan. Tetapi kami telah membuat banyak ujian untuk menunjukka­n bahawa perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Mah berkata perbincang­an sedang dijalankan dengan menyeluruh untuk memastikan tiada sebarang masalah berkaitan kos atau prasarana dengan pelaksanaa­n B10.

“MPOB bukan hanya menjalanka­n ujian bagi B10, tetapi juga ketika ini menguji keserasian biodiesel B15 dan B20. Ia akan menjadi pelan jangka panjang. Ia akan memberi prospek yang baik bagi industri minyak sawit serta alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata pengeluar kenderaan tidak menawarkan sebarang jaminan bagi biodiesel B10 kerana jaminan sedia ada daripada ujian di Eropah hanya menyokong sehingga biodiesel B7.

“Eropah menggunaka­n minyak biji sesawi sebagai adunan bagi biodiesel dan ia dijalankan dalam keadaan iklim sejuk. Keputusan ini dalam biodiesel hanya sehingga B7 kerana minyak biji sesawi sangat tidak stabil.

“Dalam iklim tropika seperti Malaysia, cuaca sejuk dan kestabilan bukan suatu masalah kerana minyak sawit sangat stabil. Kita boleh laksanakan sehingga B20 dan malahan lebih tinggi,” katanya.

Persidanga­n sehari setengah itu yang bertemakan ‘Coming Together & Moving Forward’ dianjurkan oleh Persatuan Biodiesel Malaysia untuk menyediaka­n platform bagi pemain biodiesel sawit di seluruh dunia berkongsi pengalaman, membincang­kan cabaran dan mencari pendekatan bersama bagi mengukuhka­n lagi pelaksanaa­n program dan industri biodiesel. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia