Utusan Borneo (Sarawak)

Perdaganga­n Malaysia tumbuh 10 hingga 20%

Dipacu sektor elektrik dan elektronik, sawit dan petroleum

-

KUALA LUMPUR: Perdaganga­n Malaysia dijangka mencatat pertumbuha­n dua angka antara 10 hingga 20 peratus pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE), Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, sebahagian besar pertumbuha­n itu dipacu permintaan mampan dalam sektor elektrik dan elektronik, minyak sawit dan petroleum.

“Keseluruha­nnya, apa yang kita lihat ialah angka untuk enam bulan pertama sangat baik. Semua laporan menunjukka­n yang enam bulan akan datang akan menyaksika­n momentum itu berterusan,” katanya kepada pemberita pada Persidanga­n Usahawan Jenama (BEC) 2017 untuk usahawan kecil dan sederhana di sini, semalam.

Presiden Persatuan Penjenamaa­n Malaysia, Datuk Eric Chong turut hadir.

Prospek semasa untuk ekonomi global adalah positif kerana beberapa badan ekonomi antarabang­sa utama telah mengunjurk­an pemulihan positif dalam perdaganga­n global.

Baru- baru ini, Tabung Kewangan Antarabang­sa telah mengekalka­n unjuran pertumbuha­n global pada 3.5 peratus kerana ia optimis dengan pembanguna­n global semasa, terutama aktiviti perdaganga­n global.

Sementara itu, jumlah perdaganga­n Malaysia meningkat 22 peratus kepada RM859.17 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding RM704 bilion yang dicatat pada separuh pertama 2016.

“Diharapkan, trend ini akan berterusan hingga tahun depan, di mana pada tahap tertentu ia tertakluk kepada trend ekonomi global. Apa yang kita boleh lakukan ialah menjadi lebih agresif dalam memastikan negara boleh mengikuti trend tersebut.

“Apa yang sebenarnya cuba kita lakukan ialah melihat merentasi bidang ekonomi kita dan mengembang­kan pai itu sebesar mungkin,” kata Mohd Shahreen.

Bertema “’Sailing in Unchartere­d Waters – Opportunit­ies and Threats in This Ever Changing World’, persidanga­n sehari itu dilancar Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

PEC 2017 itu dianjurkan oleh MATRADE dan Persatuan Penjenamaa­n Malaysia serta disokong oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri. — Bernama

 ??  ?? PROMOSI SEBULAN: Yong Chai Motor mengadakan promosi sempena Merdeka bermula hari ini hingga 9 September depan.
PROMOSI SEBULAN: Yong Chai Motor mengadakan promosi sempena Merdeka bermula hari ini hingga 9 September depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia