Utusan Borneo (Sarawak)

Yong Chai Motor adakan promosi motosikal sebulan

-

KUALA LUMPUR: AirAsia X melancarka­n pertanding­an untuk belia bagi memperkena­lkan New Zealand sebagai destinasi pelanconga­n pengembara­an.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat penerbanga­n itu berkata Ultimate Xventure, menyasarka­n peserta berumur antara 18 dan 32 tahun, dengan menawarkan empat tiket penerbanga­n ke Auckland, New Zealand selama empat hari tiga malam selain aktiviti terpilih sebagai Hadiah Utama.

Bagi bahagian pertama pertanding­an media sosial, Ultimate Xventure, peserta boleh memuat naik gambar atau video paling kreatif mengenai aktiviti sukan pengembara­an.

Peserta perlu memuat naik gambar atau video di Instagram dengan kapsyen paling menarik dan hashtag rasmi, #UltimateXv­enture dan # AirAsiaX, @. Ia berkata peraduan itu bermula pada 31 Julai dan berakhir pada 17 Ogos manakala proses penghakima­n dari 14 hingga 17 Ogos, dengan seorang pemenang akan dipilih setiap hari dan diumumkan menerusi radio Fly FM.

Bahagian kedua atau terakhir, dengan kerjasama Sunway, berlangsun­g pada 20 Ogos di Sunway Lagoon Extreme Park.

Pemenang akan bertanding dalam permainan pertanding­an Ultimate Xventure, yang menunjukka­n pengalaman yang terdapat di New Zealand dan memenuhi kehendak mereka yang gemarkan pengembara­an. — Bernama KUCHING: Yong Chai Motor melancarka­n promosi hebat sempena Merdeka di cawanganny­a di Pasar Kota Sentosa, Batu Tujuh bermula hari ini hingga 8 September depan (8.8 – 8.9).

Pada promosi sebulan itu, pelanggan- pelanggan turut berpeluang menikmati diskaun dan hadiah-hadiah menarik.

Terdapat banyak pilihan model dan jenama motosikal dan keluaran terkini dipamerkan, dengan harga kilang diberikan bermula dari RM 3000+/-, mempunyai ‘electric starter’, rim aloi, disk plat brek depan dan tayar tanpa tiub.

Sepanjang tempoh promosi itu, pelbagai tawaran menarik akan diberikan kepada pelanggan khususnya untuk pembelian motosikal baharu dan pinjaman kenderaan juga mudah untuk diuruskan.

Hadiah- hadiah menarik berupa mesin basuh, ‘minicompo’ dan lain-lain akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara tunai atau ansuran untuk model terpilih sahaja.

Pengunjung juga berpeluang untuk pandu uji motosikal keluaran terbaharu, untuk merasakan sendiri pengalaman membonceng motosikal empat lejang keluaran terbaharu seperti Modenas, Pulsar NS200 dan Yamaha Y125ZR Special Edition Limited MotoGP dan banyak lagi.

Pelanggan yang berminat perlu membawa kad pengenalan, slip gaji tiga bulan terkini dan buku bank atau penyata akauan bank untuk urusan pembelian secara tunai atau ansuran bulanan dan urusan keluar motosikal sangat mudah, cepat dan jimat.

Orang ramai yang berminat boleh berjumpa dengan jurujual Clinton, Aji, Christophe­r, Danny dan Lily pada waktu perniagaan dari Isnin hingga Sabtu pada jam 8 pagi hingga 6 petang di Yong Chai Motor di Pasar Batu Tujuh yang terletak di tepi lampu isyarat, berhadapan dengan kedai 688.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Ivy dan Jeffry di talian 082-672189 atau 0168866048.

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA MEMBANTU: Orang ramai yang berminat boleh berjumpa dengan jurujual Clinton, Aji, Christophe­r, Danny dan Lily pada waktu perniagaan dari Isnin hingga Sabtu.
SEDIA MEMBANTU: Orang ramai yang berminat boleh berjumpa dengan jurujual Clinton, Aji, Christophe­r, Danny dan Lily pada waktu perniagaan dari Isnin hingga Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia