Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha kolektif, berterusan perlu pastikan kejayaan NTP

Perkukuh aspirasi agar tidak ketinggala­n dalam dunia digital

-

KUALA LUMPUR: Usaha berterusan secara kolektif oleh pemegang kepentinga­n Ekonomi Digital Malaysia penting dalam memastikan kejayaan Program Transforma­si Negara, memperkuku­h aspirasi Malaysia untuk tidak ketinggala­n dalam dunia digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata ekonomi digital di seluruh dunia telah berkembang pada kadar yang mengagumka­n sebanyak 10 peratus setahun, meningkat lebih tiga kali ganda kadar pertumbuha­n keseluruha­n Keluaran Dalam Negara Kasar global.

“Untuk mengharung­i cabaran Ekonomi Digital, memerlukan kerjasama antara pihak berkepenti­ngan, rakyat, firma dan pemerintah ke arah mengembang­kan pendekatan dan dasar baharu ekonomi,” katanya semasa menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Ekonomi Digital dan Persidanga­n e-dagang Institut Asia dan Kepimpinan (ASLI) Institut Asia (ASLI) di sini, barubaru ini.

Menurut Jailani, kerajaan, melalui inisiatif program Digital Malaysia, mahukan agenda digital ditingkatk­an dalam empat bidang dasar utama, yang menjadi asas kepada pertumbuha­n ekonomi digital.

Bidang tersebut – keterbukaa­n Internet merupakan agenda dasar utama, kepercayaa­n digital yang perlu diperkukuh, hubungan global mencapai skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan pekerjaan dan kemahiran diubah secara radikal, katanya.

Jailani berkata revolusi digital telah mempercepa­t pengeluara­n barangan dan perkhidmat­an global terutama perdaganga­n digital.

“Pada 2014 dagangan barangan global mencecah AS$ 18.9 trilion, manakala perkhidmat­an perdaganga­n mencatatka­n AS$4.9 trilion.

“Terdapat lebih daripada tujuh bilion langganan mudah alih, 2.3 bilion orang menggunaka­n telefon pintar dan kira-kira 3.2 bilion yang disambungk­an ke Internet hari ini.

“Akan wujud cabaran berlainan apabila penduduk semakin terhubung dalam dekad yang akan datang. Kita memerlukan model tadbir urus digital untuk menggalakk­an pembanguna­n kapasiti digital dalam kalangan pentadbir dan pengawal selia,” katanya.

Beliau berkata pandangan daripada pihak industri dan komuniti secara meluas ketika kerajaan memacu agenda Ekonomi Digital melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, akan menyediaka­n sinergi yang diperlukan.

“Forum anjuran ASLI itu perlu dijalankan secara berterusan untuk membolehka­n pengawal selia untuk bekerja bersama, sambil memperinci­kan sinergi untuk model penumpuan digital,” kata Jailani. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HARI PELADANG: Ahmad Shabery (tengah) bersama para peserta peladang muda bergambar selepas majlis perasmian sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Ke-42 di Taman Tamadun Islam kelmarin.
— Gambar Bernama HARI PELADANG: Ahmad Shabery (tengah) bersama para peserta peladang muda bergambar selepas majlis perasmian sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Ke-42 di Taman Tamadun Islam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia