Utusan Borneo (Sarawak)

RM2.3 bilion untuk laksana program pembanguna­n PKS 2017

-

KAMPUNG GAJAH: Kerajaan memperuntu­kkan RM2.3 bilion kepada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) untuk melaksanak­an 57 program pembanguna­n usahawanpe­rusahaan kecil dan sederhana (PKS) sepanjang 2017 di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 5,936 PKS melalui pelbagai program pembanguna­n yang disediakan, termasuk pemberian insentif dan pembiayaan produk.

“MITI akan terus komited untuk membangunk­an usahawan PKS serta membantu mereka meningkatk­an kapasiti dan kualiti produk yang dihasilkan,” katanya ketika berucap melancarka­n Merdeka@ Desa Pelanconga­n Pasir Salak, di Institut Latihan Keusahawan­an Pertanian, Pelanconga­n dan Kemajuan Luar Bandar (i-GROW) di sini, kelmarin.

Beliau berkata, selain menyumbang kepada peningkata­n kapasiti dan kualiti produk, program pembanguna­n itu turut membantu usahawan PKS untuk bersaing di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

Mengenai bantuan kepada usahawan PKS di Perak, Ahmad Maslan berkata RM233.89 juta dana telah disalurkan kepada 2,422 penerima sehingga 30 Jun, 2017.

Beliau berkata, contohnya melalui Program Peningkata­n Keupayaan Enterprise Bumiputera ( BEEP) Perak yang memperuntu­kkan sekitar RM10.41 juta kepada 151 usahawan PKS dalam pelbagai bidang.

“Ia telah membantu usahawan PKS yang terlibat dalam program itu mendapat manfaat seperti bantuan geran pembelian mesin, promosi, pengubahsu­aian premis, penambahba­ikan pembungkus­an dan lainlain,” katanya.

Selain itu, beliau turut memuji usaha pihak berkaitan dalam membantu membangunk­an usahawan PKS melalui program My Kampung My Future (MKMF), sejak diperkenal­kan pada 2012.

“Program ini telah menampakka­n kejayaan dengan ada dalam kalangan usahawan PKS telah menghasilk­an produk untuk dieksport ke luar negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia