Utusan Borneo (Sarawak)

NAFAS agih dividen 10 peratus bagi pelabur Dana Peladang Kebangsaan

-

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) meluluskan agihan dividen 10 peratus untuk pelabur Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 2016 yang melibatkan pembayaran keseluruha­n RM8.1 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata agihan dividen 10 peratus itu adalah kali keempat berturut-turut diluluskan NAFAS setelah DPK mencatat keuntungan RM120 juta bagi tahun kewangan lalu.

“Pengagihan itu adalah satu prestasi yang amat baik apabila NAFAS sekali lagi dapat mengekalka­n pengagihan dividen yang tinggi kepada ahlinya,“katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, di sini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi NAFAS, Datuk Seri Saipolbahr­i Suib dan Pengerusi Penaja Peladang Muda Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad.

Saipolbahr­i ketika ditemui pemberita kemudian, berkata NAFAS menyasarka­n keuntungan RM133 juta untuk tahun kewangan semasa yang dijangka dicapai menerusi peningkata­n jualan pertanian termasuk baja.

Sementara itu, Ahmad Shabery meminta NAFAS berunding dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad ( BERNAS) bagi membuka laluan kepada pesawah melabur dalam DPK, sekali gus menambah pendapatan mereka.

“Seperti yang kita tahu pesawah-pesawah ini duduk di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan yang berkaitan padi dan mereka menyerahka­n hasil padi kepada kilangkila­ng.

“Kita mahu apabila kilangkila­ng ini mendapat keuntungan yang tinggi, keuntungan itu boleh diberikan semula kepada pesawah (dalam bentuk dividen) supaya akhirnya ia dapat menambah pendapatan para pesawah, ini yang kita mahu NAFAS aturkan bersama pihak BERNAS,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia