Utusan Borneo (Sarawak)

Red Carpet2@ i-City dibuka pada 15 Ogos ini

-

SHAH ALAM: Bandar pintar, i-City di Seksyen 7 di sini kini mempunyai tarikan terbaru iaitu Red Carpet2@ i-City yang membolehka­n peminat ‘bertemu’ dengan pelakon kacak Korea, ikon dunia dan selebriti lain, yang akan dibuka secara rasmi pada 15 Ogos ini.

Pengurus Penerangan IBerhad Tan Soke Cheng yang juga pemaju utama i-City, berkata muzium interaktif itu akan menjadi tarikan kepada pengunjung kerana mereka dapat bersua dengan lebih 100 ikon patung lilin daripada Oscar, budaya K-Pop (Hallyu), adiwira, ketua negara, ahli korporat dan keluarga Diraja.

Terletak di fasa pembanguna­n i-City yang baru siap, beliau berkata Red Carpet2@ i-City meliputi kawasan dua tingkat berkeluasa­n 30,000 kaki persegi dengan zon dalaman (in-door) dan luaran (out-door).

“Zon luaran dibuka kepada orang ramai secara percuma yang mana pengunjung boleh menghabisk­an masa berkualiti di Wizadry World yang mempesonak­an atau bersama-sama menyelamat­kan dunia dengan adiwira,” katanya semasa lawatan media ke muzium lilin itu baru-baru ini.

Muzium itu akan dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 15 Ogos.

Tiket untuk Red Carpet2@i-City adalah RM150 ( dewasa) dan RM100 ( kanak- kanak) bagi pengunjung dari luar negara manakala RM100 (dewasa) dan RM50 ( kanak- kanak) akan dikenakan untuk pengunjung tempatan.

Muzium lilin interaktif i- City yang pertama, Red Carpet@ i- City dibuka kepada orang ramai pada Ogos 2013 dan mendapat pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records sebagai muzium lilin pertama dan terbesar di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia