Utusan Borneo (Sarawak)

Misi PBB di Colombia diserang

-

BOGOTA: Seorang anggota polis telah tercedera kelmarin dalam satu serangan ke atas misi PBB yang mengawasi pe n y e r a h a n se n j a t a pemberonta­k FARC di Colombia sebagai sebahagian perjanjian damai kumpulan itu dengan kerajaan, menurut pihak berkuasa.

Penyerang telah menyerang lokasi di mana kumpulan pemberonta­k mempunyai timbunan senjata di pekan barat daya Caloto, di bahagian Cauca, menurut kepada pihak polis, yang menyatakan sebuah kumpulan kecil bagi pemberonta­k Marxis atau kumpulan yang lebih kecil National Liberation Army (ELN) mungkin mendalangi keganasan tersebut.

Namun jeneral polis Cauca Edgar Rodriguez menyatakan ELN harus dipersalah­kan.

ELN kini satu- satunya kumpulan yang menentang kerajaan Colombia, walaupun ia cuba untuk berunding bagi perjanjian damainya sendiri.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sepasukan anggota pemerhati, polis negara dan bekas pemberonta­k FARC diserang hendap di Caloto.

Penyerahan senjata, kebanyakan pada Jun, oleh kira- kira 7,000 anggota kumpulan pemberonta­k terbesar di Colombia di bawah perjanjian damai 2016 telah menamatkan peperangan.

Presiden Colombia Juan Manuel Santos dianugerah­kan Hadiah Nobel Keamanan kerana mencapai perjanjian bersejarah dengan FARC yang ditandatan­gani pada November.

Konflik itu menyebabka­n suku daripada sejuta rakyat Colombia terbunuh, kira-kira 60,000 lagi tidak diketahui keadaannya dan tujuh juta ketiadaan tempat tinggal.

FARC ditubuhkan pada Mei 1964 selepas rusuhan awam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia