Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut badai utara Itali, tiga maut

-

ROM: Tiga mati dalam beberapa kemalangan ngeri kelmarin ketika ribut kuat melanda di utara Itali pada penghujung gelombang bahang yang berpanjang­an, menurut pihak polis.

Seorang lelaki Belgium berusia 41 tahun antara yang terbunuh selepas sebatang pokok tumbang menimpa khemahnya di kem musim panas Rainbow Gathering di lembah Tramontina di wilayah timur laut Friuli.

Sebatang pokok lagi, yang tercabut oleh angin yang sangat kuat, tumbang dalam satu festival di Marzia di Dolomites, mengorbank­an seorang lagi lelaki.

Seorang pendaki maut disambar kilat di satu laluan naik di sebuah gunung di kawasan sama, Marmolada.

Kematian berkaitan dengan cuaca selepas satu banjir lumpur yang berpunca dari ribut pada Satu lepas yang menyebabka­n kematian seorang wanita di luar pusat peranginan luncur salji di Cortina d’Ampezzo.

Pada Khamis lepas, dua orang pesara meninggal dunia di tengah dan selatan Itali selepas terperangk­ap dalam kebakaran hutan berpunca dari gelombang haba dan kemarau teruk selama beberapa minggu.

Penurunan hujan pada Julai hampir 50 peratus lebih rendah di sekitar Itali berbanding suhu normal dan tinggi yang mencecah sekurang-kurangnya4­0darjah Celsius hampir seluruh negara selama hampir seminggu.

Suhu tinggi bukan luar biasa namun tempoh dan sifat gelombang haba meluas dan berbahaya, menurut pakar kaji cuaca. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia