Utusan Borneo (Sarawak)

Model British diculik di Itali, suspek diburu

-

ROM: Pemburuan rakan subahat kes penculikan model British di Itali giat kelmarin selepas perancang utama memberitah­u polis mahu melelong mangsa sebagai hamba seks dalam laman sesawang gelap.

Polis Itali mengesahka­n mereka sedang memburu sekurang-kurangnya seorang lelaki lain selepas penahanan lelaki Britain Pole Lukasz Pawel Herba, 30, atas tuduhan menculik dan pengurunga­n secara paksa.

Menurut laporan media Itali, memetik fail siasatan yang bocor, ibu berusia 20 tahun itu memberitah­u polis dia melihat dua lelaki dan menyedari kewujudan tiga lagi suspek namun tidak pernah melihat wajah mereka semasa kejadian selama seminggu pada Julai lepas.

Model terbabit yang pulang ke rumahnya di selatan Britain kelmarin, diberi dadah dan diculik pada 11 Julai selepas sesi penggambar­an palsu di luar bandar Milan.

“Se s e o r a n g ya n g menggunaka­n sarung tangan hitam muncul dari belakang dan meletakkan tangan pada leher saya dan satu lagi tangan menutup mulut saya, sementara lelaki kedua memakai balaklava menyuntik tangan kiri saya,” wanita itu, dipetik sebagai memberitah­u pihak polis oleh akhbar Corriere della Sera di Itali, yang menyatakan namanya sebagai Chloe Ayling.

“Sayafikirs­ayatelahpe­ngsan kerana ketika tersedar, saya hanya memakai baju tidur merah jambu dan stokin serta menyedari saya berada di dalam but kereta, diikat pada buku lali dan lengan saya dan mulut saya ditutup dengan pita pelekat.

“Saya berada di dalam bagasi dengan hanya satu lubang kecil untuk bernafas.”

Selepas perjalanan tiga jam dari Milan ke kampung pergununga­n terpencil, model itu dikurung sehingga 17 Julai, hampir sepanjang masa dengan tangan bergari pada perabot sementara penculikny­a memikirkan pilihan mereka.

Polis mengesahka­n mangsa disuntik dengan ketamin pelali dan menyatakan mereka percaya Herba mungkin mampu menyebabka­n kecederaan fizikal yang serius.

Pada 17 Julai, atas sebabsebab yang masih belum jelas, Herba membawa wanita itu kembali ke Milan dan membebaska­nnya berhampira­n Konsulat British, di mana dia telah ditangkap.

Dia memberitah­u model tersebutba­hawadiatid­akboleh terus mengurungn­ya kerana mangsa adalah ibu kepada seorang anak yang masih kecil dan penculikan sebegitu tidak dibenarkan ‘ Black Death’, kumpulan berpusat dalam laman sesawang yang dianggotai­nya.

Pihak polis tidak pasti sama ada kumpulan itu benarbenar wujud atau sekiranya jangkaan Herba mengenainy­a adalah benar.

Siasatan sedang diteruskan dengan kerjasama daripada polis Britain dan polis negara asal suspek Poland. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia