Utusan Borneo (Sarawak)

Bot dilanggar ikan paus, empat cedera

-

SYDNEY: Seorang lelaki pengsan manakala tiga lagi cedera di muka dan patah tulang rusuk selepas seekor ikan paus merempuh sebuah bot nelayan sewa di luar pantai utara Australia, menurut kapten bot semalam.

Bot sepanjang 30 kaki itu dalam perjalana pulang ke pelabuhan di Whitsunday­s, l uar pantai wilayah Queensland dengan lapan penumpang di dalamnya apabila seekor ikan paus kelasa melanggarn­ya dari bawah, menyebabka­n bot melambung.

“Dalam masa beberapa saat, kami semua terjatuh ke atas lantai, bot pula melambung ke udara,” kata kapten Oliver Galea mengenai kejadian Sabtu lepas.

Seorang lelaki Afrika Selatan berusia 71 tahun terjatuh dan dijaga kru bot ketika mereka memaklumka­n perkhidmat­an kecemasan.

Se b u a h he l i k o p t e r mengiringi bot itu ke pantai di mana empat lelaki dihantar ke hospital.

Pelancong dirawat kerana patah hidung, sementara Galea memerlukan lapan jahitan bagi satu luka kepala yang teruk, penumpang ketiga cedera di muka dan seorang lagi patah rusuk.

“Kami melihat ikan paus sepanjang masa, namun ia tidak pernah diketahui bagi kejadian ini berlaku,” menurut Galea, menambah bahawa beberapa penumpang mengesan apa yang dipercayai ikan paus kelasa di dalam air selepas kemalangan itu.

Setiap tahun ikan paus kelasa berhijrah di utara dari Antartik ke iklim lebih panas di luar pantai Australia untuk mengawan dan melahirkan anak.

Ia boleh membesar hingga 16 meter panjang tetapi tidak diketahui pernah menyerang manusia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia