Utusan Borneo (Sarawak)

Tiang mereput punca tragedi di pesta Ohio

-

CHICAGO: Pembuat tunggangan hiburan yang rosak dalam Ohio State Fair, mengorbank­an seorang dan mencederak­an tujuh orang lagi, menyatakan kelmarin bahawa kemalangan adalah berpunca daripada penghakisa­n pada sebatang tiang penyangga.

Sebuah gondola bagi tunggangan Fireball telah terpisah ketika sedang bergerak pada 26 Julai, melontar beberapa orang penumpang ke udara.

“Ia telah dinyatakan bahawa penghakisa­n yang keterlalua­n pada bahagian dalaman pada palang penyangga telah mengurangk­an secara berbahaya ketebalan dinding penyangga sepanjang beberapa tahun. Ini akhirnya membawa kepada kegagalan bencana bagi tunggangan semasa operasi,” menurut kenyataan daripada pembuat tunggangan, KMG yang berpusat di Belanda.

Berikutan kemalangan di Columbus, bandar utama di wilayah Ohio di Midwestern, KMG telah menggesa semua operator tunggangan, juga dikenali sebagai Afterburne­r atau FRB24, untuk menghentik­an operasi serta-merta.

Ia menyatakan kelmarin bahawa ia telah bekerja dengan pakar keselamata­n untuk membentuk satu protokol pemeriksaa­n yang akan membolehka­n “pemeriksaa­n sepenuhnya dan mengekalka­n tunggangan untuk dibuka semula dengan selamat.”

Tunggangan di Ohio yang berusia 18 tahun, menurut KMG, telah diperiksa, menurut rekod negara.

Pihak berkuasa telah menutup semua tunggangan di pesta Ohio selepas kemalangan itu.

Tyler Jarrell, 18, mati selepas terlontar 50 kaki dari tunggangan itu.

Tujuh orang yang tercedera berusia dalam lingkungan 14 hingga 42 tahun, sebahagian­nya terkena serpihan manakala yang lain berada di dalam gondola yang pecah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGIK: Tunggangan ‘Fireball’ gagal berfungsi sekali gus menyebabka­n kematian dan kecederaan semasa Pesta Negeri Ohio di Columbus pada 26 Julai lepas.
— Gambar Reuters TRAGIK: Tunggangan ‘Fireball’ gagal berfungsi sekali gus menyebabka­n kematian dan kecederaan semasa Pesta Negeri Ohio di Columbus pada 26 Julai lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia