Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan sasar pangkalan tentera Venezuela

Pegawai pembelot disertai 20 askar upahan cetus kekacauan, 10 suspek kini giat diburu

-

VALENCIA: Tentera Venezuela kelmarin berkata ia berjaya menangkis satu serangan pengganas ke atas sebuah pangkalan di kota Valencia dan sedang memburu beberapa penyerang yang melarikan senjata yang dijarah.

Kira-kira 20 askar upahan yang diketuai seorang pegawai tentera yang berpaling tadah bertempur dengan anggota tentera di pangkalan tersebut selama tiga jam, yang berakhir dengan kematian dua penyerang dan penangkapa­n lapan lagi, kata Presiden Nicolas Maduro menerusi televisyen kerajaan.

Sepuluh lagi berjaya meloloskan diri dengan senjata yang diambil dari pangkalan itu, menurut pegawai yang berkata, usaha mencari secara intensif sedang dijalankan.

Maduro mendakwa kumpulan itu ada kaitan dengan Colombia dan Amerika Syarikat (AS).

Insiden itu memburukka­n lagi kebimbanga­n bahawa krisis politik dan ekonomi yang semakin serius di Venezuela boleh bertukar menjadi keganasan yang lebih buruk.

Pegawai kemudian menegaskan keadaan biasa sahaja di seluruh negara.

Helikopter tentera terbang di udara dan kenderaan perisai taktikal meronda di jalanjalan di Valencia, sebuah kota penting di barat laut, dan iklim yang tegang selepas serangan.

Pendudukte­mpatanberk­ata perintah berkurung malam telah dikuatkuas­akan.

Polis meleraikan penunjuk perasaan yang mendirikan perintang berapi di jalan- jalan.

Angkatan tentera menyebut dalam satu kenyataan bahawa ssekumpula­n penjenayah awam yang memakai seragam tentera dan seorang leftenan pertama yang berpaling tadah telah melancarka­n serangan itu.

Maduro berkata, leftenan itu, antara mereka yang ditangkap, memberi maklumat secara aktif dan terdapat keterangan daripada tujuh orang awam terbabit dalam serangan ke atas pangkalan tentera 41 Brigada Blindada Fuerte Paramacay.

Maduro mengucapka­n tahniah kepada tentera di atas rekasi mereka yang segera untuk mematahkan serangan, dan berkata beliau kagum dengan mereka.

Pembangkan­g di Venezuela berulang kali menggesa tentera untuk meninggalk­an Maduro.

Namun Menteri Pertahanan Vladimir Padrino, ketua angkatan berkata, kesetiaan tentera tidak goyah.

Selepas serangan Ahad lepas di Valencia, Padrino menegaskan dalam Twitter bahawa penyerang tidak dapat berbuat apa-apa ke atas tentera.

Dalam video yang dipaparkan dalam talian sejurus sebelum serangan, seorang l elaki yang memperkena­lkan diri sebagai kapten tentera Juan Juan Caguaripan­o mengisytih­arkan pemberonta­kan yang sah untuk menolak penindasan Nicolas Maduro.

Bercakap dengan 15 lelaki yang memakai seragam penyamaran dan berdiri di sisinya, ada di antaranya membawa senjata, beliau menuntut kerajaan peralihan dan pilihan raya bebas.

Ia tidak diketahui sama ada dia adalah leftenan yang disebut dalam kenyataan tentera itu.

Kenyataan itu menyebut pegawai itu berpaling tadah tiga tahun lalu dan mencari perlindung­an di Miami, dalam negeri Florida di Amerika Syarikat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERKAWAL: Anggota pasukan keselamata­n berdiri di bawah papan tanda yang memaparkan potret (dari kiri) Maduro, bekas presiden Hugo Chavez dan hero negara Simon Bolivar di luar pangkalan tentera 41 Brigada Blindada Fuerte Paramacay di Valencia, kelmarin.
— Gambar Reuters TERKAWAL: Anggota pasukan keselamata­n berdiri di bawah papan tanda yang memaparkan potret (dari kiri) Maduro, bekas presiden Hugo Chavez dan hero negara Simon Bolivar di luar pangkalan tentera 41 Brigada Blindada Fuerte Paramacay di Valencia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia