Utusan Borneo (Sarawak)

PROGRAM MENARIK SEMPENA HARI JADI TYT DARI 8-10 SEPTEMBER

-

KUCHING: Sambutan Perayaan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Ke-81 menggarisk­an beberapa program menarik bermula 8 hingga 10 September 2017.

Diadakan di tempat berbeza kali ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia diadakan di Celebratio­n Square iaitu berdekatan Pusat Akuatik di Petra Jaya.

“Kebiasanny­a kita menggunaka­n venue Padang Merdeka namun disebabkan kerja menaik taraf sedang dilakukan di sana maka kita menganjurk­an sambutan kali ini di Celebratio­n Square.

“Untuk sambutan tahun ini, kita mengadakan lima acara utama, dengan acara kemuncak pada 9 September iaitu istiadat perbarisan dan rapat raksasa di Celebratio­n Square,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat berhubung sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Ke-81 di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap program sambutan menjelaska­n mesyuarat telah memutuskan pelbagai acara diadakan dari segi persembaha­n.

Beliau berkata ia melibatkan kanak-kanak sekolah serta kontinjen perbarisan dengan 81 kontinjen secara keseluruha­n yang turut akan dikendalik­an pihak tentera.

“Selepas istiadat perbarisan dan rapat raksasa kita akan adakan istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran Negeri yang diadakan di Dewan Lapau di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pada sebelah malam pula, majlis jamuan negeri akan diadakan di Dewan Santapan DUN,” katanya.

Sementara itu pada 8 September katanya sebagai permulaan acara, Majlis Kesyukuran diadakan di Masjid Jamek selain daripada aktiviti seperti Dapur Sarawak bermula pada hari sama.

“Pada tahun ini secara kebetulan, sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri jatuh pada hari jadi rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pameran yang dibuat juga melibatkan raja kita serta mengenai Yang di-Pertua Negeri.

“Orang ramai dijemput hadir pada malam 9 September di Celebratio­n Square di mana Konsert Dirgahayu Yang di-Pertua Negeri akan diadakan dengan barisan penyanyi popular membuat persembaha­n,” katanya sambil memberitah­u, persembaha­n bunga api turut diadakan.

Awang Tengah berkata pada 10 September pula diadakan Majlis Jamuan Teh dan Dirgahayu Yang di-Pertua Negeri yang dikendalik­an Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain penyampaia­n sumbangan kepada mereka yang terpilih.

Hadir sama pada sidang media, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Awang Tengah bersama Hasidah (kiri) semasa sidang media berhubung sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri.
SIDANG MEDIA: Awang Tengah bersama Hasidah (kiri) semasa sidang media berhubung sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia