Utusan Borneo (Sarawak)

Najib lancar kempen makan buah-buahan tempatan

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarka­n ‘Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan’ bagi mempromosi buah-buahan tempatan dan produk berasaskan buah-buahan yang diadakan di perkaranga­n bangunan Parlimen di sini.

Perdana menteri yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di tapak kempen itu kira-kira jam 1.30 petang. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalanny­a Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Sejurus melancarka­n kempen itu, Najib melawat beberapa buah khemah yang menyajikan buah- buahan tempatan seperti durian, rambutan, nangka, belimbing, pisang dan manggis, selain produk berasaskan buah-buahan seperti kerepek, ais krim dan roti.

Buah-buahan itu disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) untuk anggota Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media yang berada di bangunan Parlimen semalam.

Sementara itu, Ahmad Shabery yang ditemui pemberita berkata nilai eksport semasa buah durian telah mencapai lebih RM74 juta dan dijangka akan terus meningkat sekiranya lebih banyak pasaran luar ditembusi.

Beliau berkata keadaan ini memperliha­tkan bahawa industri buah itu mampu menjadi satu daripada penjana kekayaan baharu buat negara memandangk­an pasarannya yang semakin berkembang.

“Kita menyasarka­n peningkata­n nilai eksport buah durian bagi tahun ini sebanyak 10 peratus, berbanding RM74 juta sebelum ini,” katanya. Beliau berkata Singapura dan Hong Kong merupakan negara yang paling banyak mengimport buah durian dari negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAJIAN SIHAT: Kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menghidang­kan sajian buah-buahan tempatan kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di gerai pameran FAMA dekat Perkaranga­n...
— Gambar Bernama SAJIAN SIHAT: Kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menghidang­kan sajian buah-buahan tempatan kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan di gerai pameran FAMA dekat Perkaranga­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia