Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram bunuh 31 nelayan

-

KANO: Sekurang-kurangnya 31 nelayan telah dibunuh anggota Boko Haram dalam dua serangan berasingan ke atas pulau- pulau di Lake Chad di timur laut Nigeria, menurut nelayan dan anggota sukarelawa­n yang menentang pelampau terbabit lewat kelmarin.

Militan menyerbu pulaupulau nelayan Duguri dan Dabar Wanzam di tasik air tawar pada Sabtu, menyerang nelayan yang sedang bekerja, menembak dan menetak mangsa.

“Boko Haram menyerang pulau Duguri dan Dabar Wanzam serta membunuh 31 orang,” seorang anggota bagi sebuah kumpulan militia tempatan menentang pejuang jihad di Maiduguri, Babakura Kolo memberitah­u AFP.

“Mereka (Boko Haram) telah membunuh 14 orang di Duguri dan seramai 17 orang lagi di Dabar Wanzam,” menurut Kolo.

Nelayan telah kembali ke hab perikanan Baga di pantai tasik tersebut beberapa hari sebelumnya dan mendayung kanu kayu mereka ke dua buah pulau tersebut pada Jumaat, mencari ikan, menurut seorang militia lain Musa Ari, yang memberikan keterangan yang sama.

Berita mengenai serangan adalah lambat muncul dengan keadaan komunikasi di kawasan itu sukar apabila Boko Haram telah memusnahka­n tiang telekom di wilayah dalam serangan sepanjang beberapa tahun lepas.

Pejuang jihad Boko Haram telahmenye­rangpadamu­lanya pulau Duguri di mana mereka telah membunuh 12 orang nelayan dan mencederak­an dua orang lagi yang kemudian meninggal dunia, menurut nelayan Sallau Inuwa.

“Penyerang tersebut telah berpecah kepada dua kumpulan. Ketika yang pertama menyerang Duguri kumpulan kedua telah pergi ke Dabar Wanzam berhampira­n di mana mereka telah menunggu bagi sesiapa yang melarikan diri dari serangan di Duguri. Mereka telah membunuh 17 orang di Dabar Wanzam,” Inuwa memberitah­u AFP.

Penyerang telah melepaskan seorang nelayan di Duguri dan meletakkan mayat 12 orang yang mereka bunuh ke dalam sebuah kanu dan mengarahka­n nelayan itu untuk membawa mayat ke Baga sebagai satu amaran bagi mereka di pulau tersebut,” kata beliau.

Pihak tentera dan pegawai Nigeria masih lagi belum memberikan komen mengenai serangan itu.

Serangan berlaku seminggu selepas pihak berkuasa tentera menarik balik satu pengharama­n selama dua tahun bagi penangkapa­n ikan di tasik air tawar yang terdapat di Nigeria, Niger, Cameroon dan Chad.

Pihak tentera Nigeria telah mengharamk­an penangkapa­n ikan bagi pihak Nigeria di tasik tersebut selepas tuduhan bahawa Boko Haram telah menggunaka­n hasil dari perikanan bagi membiayai kempen bersenjata­nya.

Larangan itu menyebabka­n ribuan orang penduduk yang tiada tempat tinggal mengalami kemiskinan, memaksa mereka agar be r g a n t u n g ke p a d a penyerahan makanan daripada kerajaan dan agensi bantuan.

Penarikan balik larangan menarik ramai nelayan kembali ke kawasan itu dan tentera menuntut semula Baga dari Boko Haram pada Februari 2015.

Pada November 2014 Boko Haram membunuh 48 nelayan berhampira­n Baga ketika mereka dalam perjalanan ke negara jiran Chad untuk membeli ikan, dalam salah satu serangan paling kejam terhadap nelayan di kawasan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia