Utusan Borneo (Sarawak)

Model dinosaur sasaran pelaku musnah di muzium

-

SYDNEY: Tiga model haiwan pemusnah di muzium dinosaur negara di Australia dipenggal pelaku musnah misteri yang memanjat pagar dan mencabut bahagian tersebut menggunaka­n penumbuk sudut atau gergaji besi, menurut polis semalam.

Pihak penyiasat sedang memburu penyerang tersebut selepas kerosakan pada dinosaur itu yang berada di kawasan pameran luar, dilakukan pada lewat Sabtu lepas di muzium di Canberra, menurut polis Australian Capital Territory.

“Kerosakan yang terdapat pada ( tiga ‘ velocirapt­or’) dinosaur menunjukka­n sejenis penumbuk sudut atau gergaji besi digunakan untuk mencabut kepala dari badan,” kata mereka.

“Pesalah telah memanjat sebuah pagar setinggi empat kaki untuk masuk ke dalam.”

Seorang kakitangan muzium Mitchell Seymour menyatakan dinosaur yang rosak telah dikesan pada mulanya oleh para pengunjung, dengan kanakkanak tertanya- tanya apa yang telah berlaku.

“Kami telah keluar untuk memeriksan­ya dan tiga dari dinosaur kami telah dicacatkan,” Seymour memberitah­u Australian Broadcasti­ng Corporatio­n.

“Kami mempunyai ramai kanak-kanak yang datang dan akan menanyakan “oh ibu dan ayah, apa yang telah berlaku pada dinosaur tersebut?”

“Ia adalah satu tindakan pentingkan diri sendiri dan ia adalah tidak bertimbang rasa bagi apa yang berlaku.”

Satu patung gergasi dinosaur dari kaca gentian telah dicuri dari muzium pada 2013 dan kemudian ditemui di dalam rumah seorang lelaki yang menyatakan ia telah diambil sebagai satu gurauan hari jadi, lapor ABC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia