Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak perkara berkaitan operasi pelabuhan dapat dipelajari daripada Australia

-

KUCHING: Banyak perkara berkaitan operasi pelabuhan dapat dipelajari daripada Australia, yang amat bermanfaat dalam pembanguna­n pelabuhan di Sarawak pada masa depan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata pelabuhanp­elabuhan di negeri ini wajar dibangunka­n dengan kemudahan dan perkhidmat­an yang dapat memangkin pembanguna­n ekonomi digital.

“Kita boleh belajar banyak perkara daripada pengalaman Australia dalam pengautoma­sian dan pembanguna­n pelabuhan pada masa depan untuk Sarawak.

“Lawatan ini penting agar kita dapat meningkatk­an produktivi­ti pelabuhan dan melindungi alam sekitar dalam mana- mana perancanga­n dan pembanguna­n pelabuhan pada masa depan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau bersama rombongan kementeria­nnya, Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an, kini berada di Melbourne, Australia bagi tujuan lawatan ke pelabuhanp­elabuhan di sana.

Antara yang menyertai beliau ialah Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil dan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Mereka berkunjung ke Terminal Kontena Antara- bangsa Victoria ( VICT), Pelabuhan Melbourne.

VICT merupakan terminal kontena automatik sepenuhnya pertama di Australia yang menawarkan pelbagai khidmat nilai tambah.

Rombongani­tuturutber­kunjung ke Pelabuhan Hastings dan kawasan-kawasan sekitarnya untuk mengkaji perancanga­n dan kerja-kerja penambahan masa depan dan kesan terhadap alam sekitar yang terdiri daripada burung hijrah, paya bakau dan rumpai laut.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Rosey (tengah) menerima momento daripada Suryani sambil disaksikan Husaini (kiri) dan Abdul Azib (dua kanan).
TERIMA KASIH: Rosey (tengah) menerima momento daripada Suryani sambil disaksikan Husaini (kiri) dan Abdul Azib (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia