Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki hadapi tuduhan khianat, curi diperintah jalani pengawasan mental

-

MIRI: Seorang lelaki yang menghadapi satu tuduhan melakukan khianat dan dua tuduhan mencuri diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya dirujuk ke hospital untuk menjalani pengawasan mental.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah memandangk­an tertuduh tidak memahami pertuduhan-pertuduhan kes yang dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 September depan untuk sebutan semula ketiga-tiga kes itu.

Ling Ten Sung, 40, dari Jalan Pujut 2B di sini telah didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan sebuah van kepunyaan syarikat Computlink Security Solution Sdn Bhd di bawah jagaan Yong Ka Huanhingga­menyebabka­n kerugian berjumlah RM700.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.53 pagi, 31 Julai lalu di hadapan premis Opi De Beauty Pusat Komersil Boulevard di sini.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri sebuah meja taman bernilai RM899 kepunyaan Sin Siang Hai Trading Sdn Bhd di bawah jagaan Yapp Ming Wei.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.08 pagi, 31 Julai lalu di kedai Sin Siang Hai Trading Sdn Bhd, Lorong 10 Krokop di sini.

Manakala dalam tuduhan ketiga, tertuduh telah dituduh mencuri sebuah ketuhar elektrik bernilai RM400 kepunyaan Ng Sian Hup Trading Sdn Bhd di bawah jagaan Kho Kei Yew.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada jam 3.02 petang, 21 Jun tahun ini di pasar raya Ng Sian Hup Trading Sdn Bhd, Estet Perindustr­ian Piasau di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia