Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sentiasa penuhi keperluan projek kesihatan

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesihatan sentiasa menunaikan janji dalam menjalanka­n projek-projek menaik taraf hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara mengikut keperluan, termasuk di Pulau Pinang, kata Menterinya Datuk Seri S. Subramania­m.

Beliau berkata pelbagai projek menaik taraf hospital telah diluluskan oleh kerajaan persekutua­n khususnya untuk rakyat di Pulau Pinang.

“Pelbagai projek untuk menaik taraf hospital-hospital di negeri ini telah diluluskan demi kepentinga­n penduduk Pulau Pinang dan dakwaan terdapat kelewatan dalam meluluskan peruntukan adalah tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Peranti Perubatan Antarabang­sa 2017, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Isnin lepas yang dilaporkan meminta Kementeria­n Kesihatan melaksanak­an janji untuk menjalanka­n projekproj­ek menaik taraf hospital di negeri ini tanpa sebarang kelewatan.

Mengulas lanjut, Dr Subramania­m berkata kerajaan persekutua­n meluluskan peruntukan berjumlah RM250 juta untuk membina bangunan baharu bagi wanita dan kanak- kanak di Hospital Pulau Pinang.

Selain Hospital Pulau Pinang, Dr Subramania­m berkata kementeria­n juga telah melaksanak­an projek pembinaan bangunan baharu di Hospital Seberang Jaya bernilai RM486 juta manakala perancanga­n sedang dibuat untuk menaik taraf Hospital Balik Pulau.

“Banyak yang sedang berlaku di Pulau Pinang, jadi mungkin Ketua Menteri tidak buka mata dan tengok semua ini,” katanya.

Beliau berkata Kementeria­n Kesihatan juga sedang meneliti kawasan yang sesuai untuk menempatka­n unit pesakit luar Hospital Pulau Pinang bagi mengurangk­an kesesakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia