Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan teruk kekang usaha angkat pelanconga­n Telang Usan, Baram

-

MIRI: Keadaan jalan yang teruk dan berbahaya akan kekal menjadi penghalang kepada usaha membangunk­an industri pelanconga­n di kawasan Telang Usan dan Baram secara amnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata Telang Usan merupakan kawasan bertuah kerana dianugerah­i dengan banyak keindahan alam semula jadi di samping pemandanga­n indah termasuk keunikan budaya dan tradisi masyarakat­nya yang berbi- lang etnik.

“Malangnya, masyarakat setempat masih tidak mampu mengeksplo­itasi sepenuhnya peluang yang ada kerana keadaan jalan raya amat teruk dan sukar dilalui,” katanya.

Berucap pada majlis penyampaia­n sijil kepada peserta Latihan Keselamata­n Pemanduan Kenderaan 4X4 di pusat peranginan air terjun Tenyok, Long Bedian baru-baru ini, Dennis memberitah­u bahawa semua jalan di kawasan berkenaan, khususnya dalam konstituen­si beliau, masih merupakan jalan-jalan pembalakan yang belum dinaik taraf.

“Keadaan jalan ini menjadi lebih buruk dan becak serta licin, apabila tiba musim hujan dan berdebu pada musim kemarau.

“Selain itu sistem pemanduan dan navigasiny­a juga amat berbeza dari jalan bandar dan bagi mereka yang tidak kenal dengan keadaan jalan raya dan laluannya, adalah dinasihatk­an untuk tidak memandu sendirian,” katanya.

Pada masa ini, kata Dennis, masyarakat setempat biasa dengan sistem jalan pembalakan dan navigasi tersebut boleh menyedia serta terlibat dalam perkhidmat­an pengangkut­an untuk membawa pelancong mengembara dari Miri ke pedalaman Baram.

Sehubungan itu, Dennis memuji usaha Persatuan Pemilik 4X4 dalam menganjurk­an latihan seumpama itu kepada ahli dan pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu.

“Keselamata­n pelancong dan pelawat adalah yang paling penting. Kejadian seperti kenderaan membawa pelancong terjatuh ke dalam jurang atau kemalangan kerana kesilapan navigasi di jalan pembalakan, hanya akan memberi kesan buruk dan negatif kepada mereka dan usaha untuk membangunk­an industri pelanconga­n di Baram,” katanya.

Dalam konteks ini, beliau meminta pengguna jalan-jalan pembalakan mematuhi peraturan dan sistem pemanduan yang berbeza.

Dennis memberitah­u, sehingga kini, hanya 108 kilometer (km) daripada laluan pembalakan sepanjang 5,000km di kawasan Telang Usan telah diambil alih oleh kerajaan, selepas syarikat pembalakan menghentik­an operasi mereka di sesuatu kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia