Utusan Borneo (Sarawak)

Reman tiga kakitangan PTG Pahang dilanjut

-

KUANTAN: Perintah tahanan reman terhadap tiga kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perlombong­an bauksit haram, dilanjutka­n sehingga Isnin, 14 Ogos.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzama­n semalam, selepas membenarka­n permohonan yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamri.

“Permohonan reman terhadap suspek berusia antara 30 dan 40 tahun yang merupakan pegawai penguat kuasa PTG disambung ekoran masih terdapat dokumen yang perlu diteliti bagi melengkapk­an siasatan,” kata Mohamad Fadhly ketika ditemui pemberita.

Beliau menambah enam lagi kakitangan PTG yang turut ditangkap pada operasi khas SPRM berkaitan bauksit, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat semalam.

Katanya enam suspek itu memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan dan berjanji akan hadir sekiranya mereka diminta untuk membantu siasatan walaupun tempoh reman telah tamat.

Pada 2 Ogos lalu, SPRM menahan sembilan kakitangan PTG Pahang di beberapa lokasi sekitar daerah ini, antara jam 3.30 dan 3.45 petang kerana disyaki terlibat dalam perlombong­an haram bauksit.

SPRM melancarka­n operasi khas bauksit memandangk­an operasi perlombong­an di Bukit Goh dan Bukit Sagu masih berjalan, walaupun kerajaan telah mengenakan perintah moratorium sejak 15 Jan 2016, yang sepatutnya tamat pada 31 Dis depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia