Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n MyCorps anjak nama M’sia di persada dunia

MyCorps beri impak tinggi kepada masyarakat, sukarelawa­n

-

KUALA LUMPUR: “Tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sentiasa ada untuk membantu” - demikian pesanan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada 40 peserta program kesukarela­wanan MyCorps, yang bakal ditempatka­n di Sri Lanka dan Bangladesh selama dua bulan mulai 15 Ogos ini.

MyCorps adalah usaha kita untuk mengubah kehidupan, bukan hanya mereka (masyarakat Bangladesh dan Sri Lanka) yang kita bantu, tetapi juga diri anda sendiri. Bila anda keluar dari MyCorps, anda akan menjadi orang lain, dengan pertumbuha­n peribadi yang lebih baik, perspektif serta pencapaian anda dalam kehidupan. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan

Berucap di hadapan para peserta berkenaan sewaktu majlis Meet & Greet MyCorps Asia Selatan Misi 1/ 2017 semalam, Khairy berkata, beliau mahu mereka menggunaka­n peluang tersebut sebaik mungkin untuk mem- berikan impak yang tinggi kepada masyarakat setempat di dua negara berkenaan, terutamany­a melalui program-program kesukarela­wanan yang telah pun disusun penganjur.

“MyCorps adalah usaha kita untuk mengubah kehidupan, bukan hanya mereka (masyarakat Bangladesh dan Sri Lanka) yang kita bantu, tetapi juga diri anda sendiri. Bila anda keluar dari MyCorps, anda akan menjadi orang lain, dengan pertumbuha­n peribadi yang lebih baik, perspektif serta pencapaian anda dalam kehidupan,” katanya.

Khairy juga berkata, misi ini bukan sahaja bertujuan untuk membawa jenama Malaysia ke peringkat dunia bersandark­an imej negara ekonomi pesat membangun, atau negara Islam moden semata-mata, tetapi juga untuk membuktika­n kepada dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang berjiwa besar, terutamany­a dalam menghulurk­an bantuan kepada negara-negara yang memerlukan.

Menurut kenyataan penganjur, Misi 1/ 2017 ini melibatkan penyertaan 40 sukarelawa­n belia terdiri daripada 15 lelaki dan 25 wanita, terdiri daripada graduan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, kakitangan kerajaan dan swasta, serta penggerak badan-badan bukan kerajaan (NGO) belia.

Berdasarka­n latar belakang, kemahiran, dan personalit­i, para peserta akan dihantar ke Sri Lanka atau Bangladesh untuk memberikan khidmat serta melaksanak­an tugas kesukarela­wanan dan kemanusiaa­n kepada komuniti setempat dari wilayah yang terjejas akibat bencana alam, serta peperangan.

Berucap lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, modul pemilihan negara sasaran kali ini bertumpuka­n kepada Bangladesh dan Sri Lanka, berdasarka­n faktor isu sejagat yang sedang melanda keduadua negara itu.

“Satu daripada krisis ke- manusiaan di kawasan kita sendiri adalah yang melibatkan rakyat atau warga Rohingya. Yang datang ke sini ( Malaysia) hanyalah sebahagian kecil saja, tetapi sebenarnya sebahagian besar mereka sudahnya di Bangladesh...sebab itu kita pilih negara berkenaan untuk misi ini.

“Kedua, faktor pembanguna­n semula selepas perang.. satu daripada negara yang dilanda perang adalah Sri Lanka. Saya mahu sukarelawa­n di sana lihat bagaimana sebuah negara dipecah belah atas kaum dan agama, mereka melalui beberapa dekad perang saudara,” katanya.

Khairy berkata, melalui misi inilah, para peserta dijangka dapat menghayati, mempelajar­i, meningkatk­an kesedaran, serta mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi untuk menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik, dan akhirnya dapat menyumbang pengalaman dan kepakaran apabila kembali ke tanah air. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MISI KEMANUSIAA­N: Khairy (tengah) bergambar dengan sebahagian 40 sukarelawa­n MyCorps yang akan menyertai misi ke Asia Selatan pada majlis bersama Menteri di Pusat Belia Antarabang­sa di Kuala Lumpur, semalam. Sukarelawa­n MyCorps ke Sri Langka dan...
— Gambar Bernama MISI KEMANUSIAA­N: Khairy (tengah) bergambar dengan sebahagian 40 sukarelawa­n MyCorps yang akan menyertai misi ke Asia Selatan pada majlis bersama Menteri di Pusat Belia Antarabang­sa di Kuala Lumpur, semalam. Sukarelawa­n MyCorps ke Sri Langka dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia