Utusan Borneo (Sarawak)

Isu keselamata­n antara fokus perbincang­an TPM, Tillerson

-

KUALA LUMPUR: Isu keselamata­n termasuk berkaitan jenayah pemerdagan­gan orang, kerjasama dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) adalah antara fokus yang dibincangk­an dalam pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson semalam.

Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuan selama 40 minit itu beliau berbincang dengan Tillerson dan bertukar pandangan mengenai perkembang­an keselamata­n dan juga isu- isu serantau dan antarabang­sa berkepenti­ngan.

“Interaksi di antara pemimpin-pemimpin kedua-dua negara diharapkan dapat memperkuku­hkan kerasama dua hala serta menjadi pemangkin untuk Malaysia dan Amerika meningkatk­an hubungan dan persefaham­an bersama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n sempena pertemuan itu di bangunan Parlimen.

Tillerson, yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam, merupakan pegawai tinggi pertama Amerika Syarikat yang mengunjung­i Malaysia di bawah pentadbira­n Presiden Donald Trump. Ia juga merupakan kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik ke jawatannya pada 1 Feb lalu.

Dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagan­gan orang, Ahmad Zahid berkata Malaysia perlu menjalin kerjasama dengan negara-negara rakan strategik termasuk AS.

Katanya, inisiatif negara mengenai isu itu telah diiktiraf Jabatan Negara AS (JNAS) dalam Laporan Tahunan 2017 yang telah meletakkan Malaysia di Tahap Dua.

Ahmad Zahid berkata Malaysia telah mencapai Tahap Dua berbanding dengan Tahap Dua (Pemerhatia­n) pada tahun 2016 kerana telah menunjukka­n peningkata­n yang drastik dari aspek sabitan bagi jenayah ini (100 sabitan tahun 2017) termasuk peningkata­n dari aspek penguatkua­saan.

“Ini adalah merupakan pencapaian terbaik negara sehingga kini sejak Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) diperkenal­kan pada 2007,” katanya.

Tambahnya Malaysia menyasarka­n Tahap Satu bagi Laporan JNAS 2020.

Dalam aspek kerjasama dua hala, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan AS telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dalam bidang jenayah rentas sempadan pada 17 Julai 2012 dan satu MoU dalam bidang kerjasama Imigresen pada 1 Okt 2014.

“Kedua-dua pihak harus mengguna pakai kedua-dua MoU tersebut bagi mempelopor­i bidang kerjasama bagi mengenal pasti ancaman jenayah rentas sempadan semasa dan akan datang serta menangani isu migrasi dan yang berkaitan dengannya,” katanya.

Bagi menangani keganasan, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan AS juga telah menandatan­gani satu aturan mengenai perkongsia­n maklumat keganasan (Homeland Security Presidenti­al Directive (HSPD-6) pada 8 Okt 2015 yang menyenarai­kan individu yang disyaki disabitkan dengan jenayah keganasan.

Tambahnya Malaysia dan AS berkongsi pandangan bahawa aspek keganasan melampau dan ekstremis perlu dipantau terutamany­a di media sosial bagi mengekang elemen keganasan.

“Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai aspek deradikali­sasi yang telah mencapai peratusan 97.5 peratus,” katanya.

Mengenai program pengecuali­an visa AS yang membolehka­n rakyat Malaysia untuk masuk dan tinggal di AS dalam tempoh tidak melebihi 90 hari bagi tujuan pelanconga­n dan perniagaan, Ahmad Zahid berkata Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memenuhi enam daripada tujuh syarat bagi menyertai program ini.

Menurutnya syarat yang belum dipenuhi ialah penolakan visa AS di bawah tiga peratus setahun berdasarka­n kepada permohonan warga Malaysia, dengan kadar penolakan itu berada pada kadar 3.65 peratus pada 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT DATANG: Ahmad Zahid (kiri) menerima kunjungan hormat Tillerson di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. Tillerson memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia pada Selasa.
— Gambar Bernama SELAMAT DATANG: Ahmad Zahid (kiri) menerima kunjungan hormat Tillerson di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. Tillerson memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia