Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas pantau impak pengecuali­an dasar kabotaj

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah menubuhkan jawatankua­sa khas bagi mengenal pasti dan mengkaji impak pengecuali­an dasar kabotaj di negeri itu secara menyeluruh.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, Jawatankua­sa Khas Pemantauan Impak Pengecuali­an Dasar Kabotaj Negeri itu dipengerus­ikan beliau selepas kabinet negeri mengarahka­n penubuhan jawatankua­sa tersebut.

“Jawatankua­sa khas ini dianggotai oleh jabatan dan agensi kerajaan, agensi perkapalan dan pihak berkepenti­ngan semasa mesyuarat yang telah diadakan pada 8 Jun lalu.

“Sebagai pengerusi jawatankua­sa khas ini, saya yakin ini merupakan satu platform terbaik dalam membincang­kan dan mencari penyelesai­an terhadap isu berhubung impak dasar kabotaj di Sabah, termasuk kos sara hidup yang tinggi di negeri ini akibat kos tinggi perkapalan dan logistik,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

Pairin, yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Negeri berkata, Kementeria­n Pengangkut­an di peringkat pusat telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankua­sa bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan bertujuan membincang­kan isu pengangkut­an susulan pengecuali­an dasar kabotaj, yang dilaksanak­an pada 1 Jun lepas.

Pada 7 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n pengecuali­an dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa 1 Jun, 2017 dan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmat­an perkapalan kargo antara Semenanjun­g, Sabah, Sarawak dan Labuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia