Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia menangi Anugerah Kempen Pemasaran dan Promosi ASEAN Terbaik

-

JOHOR BAHRU: Honda Malaysia Sdn Bhd akan melancarka­n enam model baharu pada tahun ini berbanding empat yang dirancang sebelum ini, susulan prestasiny­a yang positif pada separuh pertama tahun ini, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Katsuto Hayashi.

Hayashi berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, wilayah selatan mencatatka­n jualan lebih 10,500 unit, 70 peratus, atau lebih 7,300 unit, dijual di Johor.

Beliau berkata secara keseluruha­n, jualan di wilayah selatan naik sebanyak 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan menyumbang kira-kira 20 peratus kepada jumlah jualan Honda Malaysia sebanyak 52,527 unit.

“Bahagian pasaran Honda Malaysia meningkat sebanyak 18.5 peratus pada separuh pertama 2017, berbanding 14.4 peratus pada tempoh sama tahun lepas.

“Honda City kekal menjadi model kegemaran di wilayah selatan dalam tempoh tersebut, dengan hampir 3,000 unit dijual,” katanya pada pembukaan Wang Loo Motor (JB) Sdn Bhd Honda 3S Centre di sini semalam.

Hayashi berkata model baharu itu akan membantu mengekalka­n Honda Malaysia pada landasan untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit bagi 2017.

“Kami memulakan 2017 dengan kukuh melalui pelan- caran BR-V, yang dijual hampir 12,000 unit dalam tempoh enam bulan, dan ini diikuti dengan pelancaran New City pada Mac.

“Kami mengekalka­n momentum yang baik ini dengan pelancaran Jazz Petrol baharu, Jazz Sport Hybrid i-DCD baharu, baru-baru ini dan CR-V serba baharu dengan Teknologi Keselamata­n Termaju Generasi Akan Datang, Honda SENSING, masingmasi­ng pada Jun dan Julai,” katanya.

Beliau berkata model tersebut mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia, dan Honda akan terus memberikan yang terbaik untuk memastikan pasaran menarik. — Bernama JAKARTA: AirAsia memenangi Anugerah Kempen Pemasaran dan Promosi ASEAN Terbaik 2017 di sini malam kelmarin.

Syarikat penerbanga­n tambang murah itu meraih anugerah tersebut menerusi kempennya dengan slogan ‘Think ASEAN, Think Air Asia’.

Menteri Pelanconga­n Indonesia Arief Yahya menyampaik­an anugerah itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan pada majlis ASEAN Tourism (ASEANTA) Awards 2017 itu.

Sementara itu, syarikat penerbanga­n Indonesia, Garuda Indonesia, merangkul dua anugerah – Program Syarikat Penerbanga­n ASEAN Terbaik dan Usaha Pemulihara­an Budaya Terbaik.

Jurugambar Indonesia Agung Pramewara memenangi Foto Pelanconga­n ASEAN Terbaik menerusi gambarnya berjuduk ‘Wanita Tenganan’.

Anugerah Artikel Kembara ASEAN Terbaik, dimenangi oleh Singapura menerusi artikel, ‘The South East Asia Diaries’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia