Utusan Borneo (Sarawak)

Scientex beli tanah di Rawang pada RM85.4 juta

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Scientex Bhd, Scientex Park (M) Sdn Bhd, menandatan­gani perjanjian jual beli dengan Medius Developmen­ts Sdn Bhd bagi membeli tanah pegangan kekal seluas 26.44 hektar di Rawang, Selangor, pada RM85.4 juta.

Pengeluar pembungkus­an global dan pemaju hartanah itu dalam kenyataan di sini berkata, syarikat merancang untuk melancarka­n projek pembanguna­n bercampur di tanah berkenaan, yang Nilai Pembanguna­n Kasar (GDV) masih belum ditentukan.

Menurut Scientex, apabila selesai pembelian tanah tersebut, jumlah simpanan tanahnya akan meningkat kepada 1,093 hektar dan membolehka­n kumpulan melaksanak­an pembanguna­n untuk 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Pembelian ini tertakluk kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi dan dijangka selesai pada separuh pertama 2018. Pembelian berkenaan akan dibiayai oleh dana dalaman dan/atau pinjaman bank,” katanya.

Tanah itu terletak berham- piran pusat bandar Rawang, bandar terkenal di negeri Selangor, dan berdekatan dengan kawasan kediaman matang dan kemudahan seperti Rawang AEON Shopping Mall, Hospital Pakar KPJ Rawang, Pusat Komersial Anggun City, serta cadangan pembinaan sekolah antarabang­sa.

Tanah itu juga mendapat manfaat daripada sambungan yang baik dengan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan,Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya KLKuala Selangor (LATAR).

“Pengambila­lihan itu merupakan sebahagian daripada strategi kumpulan untuk memperluas­kan perniagaan hartanahny­a dari selatan Semenanjun­g Malaysia ke bahagian utara, termasuk Lembah Klang,” katanya.

Pada masa ini, Scientex melaksanak­an pembanguna­n hartanah dengan nilai GDV sebanyak RM1.5 bilion yang terdiri daripada enam perbandara­n di Johor ( Pasir Gudang, Kulai, Skudai, Senai, Pulai) dan Melaka, serta pembanguna­n bercampur di Ipoh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia