Hina monarki Thailand, lelaki kena 18 tahun
BANGKOK: Seorang lelaki dipenjarakan 18 tahun semalam kerana menghantar enam klip video dilihat menghina monarki, menurut peguamnya.
Penggunaan undangundang ‘ lese majeste’ di negara itu meningkat di bawah junta diraja yang merampas kuasa pada 2014, dengan lebih 100 telah didakwa, menurut kumpulan pengawasan perundangan iLaw.
Tara, 61, ditangkap pada 2015 kerana berkongsi bahan dalam talian dikatakan menghina keluarga diraja.
Dia didakwa memfitnah diraja dan jenayah komputer.
Mahkamah tentera Bang kok menjatuhkan hukuman terhadap Tara penjara 18 tahun kerana melanggar Artikel 112 undang-undang jenayah Thailand, yang menyatakan sesiapa yang telah memfitnah, menghina atau mengugut raja, ratu, pewaris atau keluarga diraja akan dihukum penjara sekurangkurangnya 15 tahun.
“Dia menerima tuduhan terhadapnya dan telah berada dalam tahanan sejak 2015, maka mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun, tolak dua tahun,” kata Yaowalak Anuphan, ketua Thai Lawyers for Human Rights Centre dan peguam Tara.
Tara tidak boleh merayu bagi hukumannya, kata beliau, kerana dia telah ditangkap ketika Thailand berada di bawah undangundang tentera.
Minggu lepas Pravit Rojanaphruk, wartawan Thai yang memenangi anugerah, dituduh atas hasutan melalui komen dalam talian yang mengkritik junta.
Pravit didakwa polis kelmarin kerana memaparkan komen dalam Facebooknya yang mengkritik junta dan respons perlahan junta terhadap bencana banjir di negara itu.