Utusan Borneo (Sarawak)

PERKEMAS BERAZAM TINGKAT TARAF KEHIDUPAN MELAYU SARIBAS

-

MEMEGANG visi sebagai nadi penghubung untuk kemajuan sosio ekonomi, pembanguna­n infrastruk­tur, modal insan dan perubahan sikap dan minda masyarakat Melayu Saribas, sekumpulan belia sepakat menubuhkan Persatuan Kemajuan Melayu Saribas (PERKEMAS).

PERKEMAS yang dikemudi oleh Abang Bollhassan Abang Abdul Latip sebagai presiden, ditubuhkan secara rasmi pada 20 Februari 2017 apabila ia diluluskan pendaftara­nnya oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

Menurut blog PERKEMAS – perkemas2u.wordpress. com – penubuhan bermula dengan kumpulan WhatsApp bernama Global Saribas yang disertai anak-anak Saribas yang menetap di Kuching pada 18 Disember 2016.

“Ia bertujuan untuk berinterak­si, berkomunik­asi dan menjalinka­n silaturahi­m di kalangan anak-anak Saribas yang berselerak di negeri Sarawak, Semenanjun­g Malaysia dan yang bekerja di luar negara.

“Hingga kini, jumlah ahli di dalam kumpulan sosial WhatsApp adalah sekitar 300 orang,” blog itu dipetik.

Ahli-ahli di dalam kumpulan WhatsApp seterusnya menubuhkan jawatankua­sa protem PERKEMAS pada 10 Januari 2017.

Setakat ini, persatuan terbabit mempunyai 2,000 ahli.

Kawasan-kawasan yang dirangkumi PERKEMAS ialah 22 kampung terdiri daripada Pusa, Serabang, Batang Maro, Tuei, Melayu Dit, Debak, Spaoh, Bungin, Serembang, Manggut, Supa, Medang, Betong, Balingan, Tanjung Asam, Meludam, Semarang, Sepinang, Beladin, Bemban, Tambak dan Buda.

PERKEMAS turut dibarisi Timbalan Presiden Abang Junaidi Abang Gom, Bendahari Agung Hipni Jaafar, Setiausaha Agung Sahya Bakir dan Timbalan Setiausaha Muhd Ismil Azmizan.

Mereka dibantu ahli-ahli jawatankua­sa terdiri daripada Razali Abdullah, Abdullah Sulaiman, Syahrum Jais, Abang Othman Abang Gom, Dayang Fadzilah Abang Ahmad Sharkawi, Mohtada Dol, Anuar Ujang, Mohamad Jais Daud dan Mazlan Ramli.

Dengan slogan ‘Berbakti Untuk Saribas’, Bollhassan menerusi catatan di blog tersebut berkata PERKEMAS berazam untuk terus bekerjasam­a dengan agensi kerajaan dalam usaha untuk meningkatk­an taraf kehidupan masyarakat Melayu di Saribas.

PERKEMAS juga mempunyai misi untuk mewujudkan masyarakat Melayu berkualiti, berakhlak tinggi dan berilmu melalui penekanan kepentinga­n pendidikan sepanjang hayat dari aspek pendidikan agama, akademik serta sosial.

“Dalam soal kebajikan ahli, PERKEMAS sedaya upaya membantu mengurus ahli yang dalam kesempitan hidup dan berusaha membawa ahli menyertai insurans berkelompo­k untuk membantu keluarga ahli sekiranya berlaku kematian ke atas ahli,” katanya.

Untuk mewujudkan masyarakat berilmu, PERKEMAS mengambil berat tentang pendidikan agama dan akademik anak-anak ahli.

Persatuan akan mengenal pasti dan berusaha dengan pihak berwajib untuk membantu anak-anak ahli yang tidak dapat meneruskan pembelajar­an disebabkan masalah kewangan.

Bagi mendorong anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang, PERKEMAS menyediaka­n inisiatif kepada pelajar cemerlang secara tahunan. Itu antara yang ingin diusahakan oleh PERKEMAS.

“Untuk merealisas­ikan hasrat tersebut sokongan daripada warga Saribas amat diharapkan. Kekuatan PERKEMAS adalah dengan ramainya warga Saribas menganggot­ai persatuan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BERBAKTI: Berbakti kepada masyarakat adalah tunjang utama kepada penubuhan PERKEMAS. AKTIF: Bollhassan (dua kiri) pada majlis membabitka­n PERKEMAS.
BERBAKTI: Berbakti kepada masyarakat adalah tunjang utama kepada penubuhan PERKEMAS. AKTIF: Bollhassan (dua kiri) pada majlis membabitka­n PERKEMAS.
 ??  ??
 ??  ?? ERATKAN SILATURAHI­M: Antara tujuan penubuhan PERKEMAS adalah untuk menjalin dan mengeratka­n silaturahi­m di kalangan ahli-ahli dan masyarakat Melayu di Saribas.
ERATKAN SILATURAHI­M: Antara tujuan penubuhan PERKEMAS adalah untuk menjalin dan mengeratka­n silaturahi­m di kalangan ahli-ahli dan masyarakat Melayu di Saribas.
 ??  ?? AKTIVITI SIHAT: Antara aktiviti PERKEMAS dalam mengembang­kan aktiviti sihat di kalangan masyarakat.
AKTIVITI SIHAT: Antara aktiviti PERKEMAS dalam mengembang­kan aktiviti sihat di kalangan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia