Utusan Borneo (Sarawak)

JALAN RAYA TERUS RAGUT NYAWA

-

KUCHING: Jalan raya terus meragut nyawa apabila empat kemalangan maut berlaku di beberapa lokasi sejak kelmarin.

Di SRI AMAN, seorang wanita terbunuh apabila dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan di Kilometer 13 Jalan Sri AmanKuchin­g, kelmarin.

Difahamkan, mangsa Ervinna Ranis Ringkai, 35, dan berasal dari Rumah Medang, Kemintin Tengah, di sini disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sri Aman, sekitar jam 7.10 malam kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John berkata mangsa semasa kejadian sedang menunggang motosikal apabila dilanggar 4WD tersebut yang dipercayai terbabas dan memasuki laluan mangsa sekitar jam 4 petang hari yang sama.

“Hasil siasatan awal mendapati 4WD tersebut yang datang dari arah Kuching menuju ke Sri Aman tiba-tiba hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas ke laluan bertentang­an sehingga melanggar mangsa.

“Impak kemalangan tersebut menyebabka­n mangsa tercampak dari atas motosikaln­ya serta mengalami kecederaan parah.

“Mangsa yang diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian kemudian dikejarkan menggunaka­n ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Sri Aman, namun disahkan meninggal dunia selepas itu,” kata Bingkok.

Bagaimanap­un, menurut Bingkok, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? TERBABAS: Keadaan 4WD yang terbabas ke bahu jalan selepas kemalangan di Kilometer 13 Jalan Sri Aman-Kuching. PUTUS DUA: Sebahagian rangka motosikal mangsa yang terputus dua dalam kemalangan di Miri.
TERBABAS: Keadaan 4WD yang terbabas ke bahu jalan selepas kemalangan di Kilometer 13 Jalan Sri Aman-Kuching. PUTUS DUA: Sebahagian rangka motosikal mangsa yang terputus dua dalam kemalangan di Miri.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia