Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan raya terus ragut nyawa

-

“Pemandu serta penumpang kenderaan 4WD tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan keadaan tempat kejadian berselekoh dengan cuaca hujan semasa kemalangan tersebut berlaku,” katanya.

Di BINTULU, akibat menunggang motosikal melawan arus lalu lintas, seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas motosikaln­ya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zailanni Amit berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Bintulu di jalan lurus diterangi lampu jalan dan keadaan cuaca baik.

Katanya, mangsa dipercayai menunggang melawan arus dari arah Court Mammoth Medan Raya sebelum bertembung kenderaan pacuan empat roda dari arah pusat bandar Bintulu.

“Akibat pertembung­an itu, mangsa dikenali Peter Kiai, 42, beralamat di Rumah Akai, Sungai Merusa Suai Niah meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya semalam.

Manakala, pemandu pacuan empat roda, katanya, berumur 70 tahun tidak mengalami kecederaan.

Di MIRI, seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang­nya terlibat dalam kemalangan di persimpang­an lampu isyarat berdekatan Jalan Bintang, awal pagi semalam.

Kemalangan berlaku pada kira- kira jam 6 pagi melibatkan motosikal yang ditunggang oleh mangsa, Yee Soon Hock, 19, dengan sebuah kereta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi semalam mengesahka­n kes kemalangan maut tersebut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah Pujut hendak membelok ke simpang kanan Jalan Bintang dirempuh sebuah kereta dari arah pusat bandar menuju ke Pujut.

“Akibat pelanggara­n berkenaan, mangsa tercampak ke tepi jalan dan maut di tempat kejadian manakala motosikal mangsa putus dua,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Stanley berkata, mangsa berasal dari Rumah Anti, Saka, Betong.

“Sementara itu, pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, namun trauma setelah insiden terbabit.

Manakala di MUKAH, seorang penumpang lelaki 4WD maut manakala pemandu juga rakan mangsa cedera ringan selepas kenderaan mereka melanggar belakang sebuah lori muatan sawit di Kilometer 68 Jalan Mukah- Selangau menjelang tengah malam kelmarin.

Difahamkan, lori berkenaan parkir di jalan masuk ke kilang berbaris menunggu giliran untuk memuat muatan sawit keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau memberitah­u Utusan Borneo semalam, akibat pelanggara­n itu penumpang 4WD tersebut tersepit dan meninggal dunia.

Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Yap Peng Hwa, 51, rakan kepada pemandu lelaki dikenali sebagai Sii Toh Soon, 33.

Manakala pemandu lori dikenali sebagai Jeffery Langit, 31, tidak mengalami apaapa kecederaan.

Mayat dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia