Utusan Borneo (Sarawak)

Padah mabuk ajak gaduh

Lelaki cedera dibelasah pelanggan di luar kelab malam

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Padah mencabar pelanggan kelab malam selepas berhibur, seorang lelaki cedera di kepala akibat dibelasah dalam satu kejadian di kawasan Travillion, Padungan di sini awal pagi semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 24 tahun itu yang berada dalam keadaan mabuk dikatakan bertindak mengeluark­an pisau lipat seterusnya mencabar pelanggan lain di luar kelab malam tersebut untuk bergaduh dengannya iaitu sekitar jam 3.30 pagi.

Ekoran itu, difaham-

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada suspek dipercayai mabuk serta menunjukka­n senjata tajam kepada orang di luar kelab malam tersebut dan mengajak bergaduh.

kan tiga lelaki yang cuba menenangka­n suspek bagaimanap­un turut dicederaka­nnya menyebabka­n mereka bertindak agresif terhadap suspek yang kemudian cedera di kepala.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada suspek dipercayai mabuk serta menunjukka­n senjata tajam kepada orang di luar kelab malam tersebut dan mengajak bergaduh.

“Dalam kejadian itu, empat lelaki berusia lingkungan 18 hingga 31 tahun termasuk suspek cedera dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai.

Selain itu, beliau turut memberitah­u suspek yang cedera di kepala kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

“Suspek turut cedera dalam pergaduhan tersebut dan dia akan dipohon reman esok (hari ini) untuk siasatan lanjut. Turut dirampas ialah sebilah pisau lipat,” kata Abang Ahmad.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia