Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi Sarawak lawat BYD di Shenzhen, China

-

KUCHING: Delegasi yang diketuai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke ibu pejabat BDY Corporatio­n (BYD) di Shenzhen, China.

BYD adalah syarikat China yang unggul dalam menghasilk­an produk teknologi bervariasi dan mengkhusus dalam produk IT, bateri dan penyelesai­an storan tenaga, kereta dan pengangkut­an massa.

Lawatan berkenaan bertujuan mencari peluang untuk kerjasama dengan BYD dan mengenal pasti produk dan penyelesai­an produk syarikat yang berkaitan dengan digitalisa­si ekonomi Sarawak.

Ia adalah sebahagian daripada lawatan rasmi seminggu ke Shanghai dan Shenzhen untuk menanda aras ekonomi digital di kedua-dua bandar.

Semasa lawatan itu, delegasi dari Sarawak diberi taklimat mengenai motivasi, hala tuju, pencapaian kejayaan dan pembanguna­n sumber manusia BYD sebagai pengeluar kend- eraan elektrik (EV) terbesar dan pengeluar kenderaan elektrik hibrid (PHEV) di dunia.

Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai kemungkina­n pengeluara­n, pengedaran dan penjualan produk BYD seperti bas elektrik dan monorel di Sarawak untuk pasaran domestik dan serantau.

Sementara pada sebelah petang pula, delegasi melawat ibu pejabat Tencent Holdings Limited (Tencent).

Tencent adalah salah satu syarikat Internet terbesar di dunia dan ia memperoleh sebahagian besar pendapatan­nya daripada permainan dalam talian.

Syarikat itu berkongsi pandangan mengenai bagaimana ia berkembang menjadi penyedia perkhidmat­an pesanan dalam talian untuk menjadi salah satu syarikat paling berharga di dunia hari ini.

Sesi itu meliputi model perniagaan Tencent, budaya korporat, produk dan cabaran.

Antara penyelesai­an Tencent yang berkaitan dengan ekonomi digital negeri ialah platform pembayaran dalam talian WeChat Pay.

 ??  ?? KENANGAN: Uggah (tujuh kanan) bersama rombongan dari Sarawak merakam kenangan dengan wakil BYD sempena lawatan ke Shenzhen, China.
KENANGAN: Uggah (tujuh kanan) bersama rombongan dari Sarawak merakam kenangan dengan wakil BYD sempena lawatan ke Shenzhen, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia