Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama menang-menang S’wak, China dirangka

Sarawak bersama Pasar Borong Pertanian Shanghai setuju pupuk interaksi lebih besar

-

KUCHING: Sarawak bersama Pasar Borong Pertanian Shanghai telah bersetuju untuk memupuk interaksi lebih besar antara negeri ini dan pasar pertanian berkenaan bagi membolehka­n kerjasama menang-menang antara keduanya.

Ia merupakan hasil mesyuarat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama pengurusan Pasar Borong Pertanian Shanghai di China yang merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi delegasi negeri yang diketuai Uggah ke Shenzhen dari 5 Ogos hingga 12 Ogos 2017.

Pasar borong boleh memberi pengalaman pertama mengenai trend permintaan di China untuk membantu petani dan pembekal produk pertanian menyesuaik­an pengeluara­n mereka untuk memenuhi permintaan sebenar.

Berdasarka­n input, kegiatan penyelidik­an pertanian

Teknologi kod bar membolehka­n pengguna mengakses rekod setiap produk pertanian secara keseluruha­n di seluruh rantaian pengeluara­nnya. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Ketua Menteri

dan pembanguna­n di Sarawak dapat menghasilk­an variasi penternaka­n dan pertanian yang memenuhi tuntutan pasaran eksport.

Uggah berkata, penggunaan teknologi Barcode 2D seperti kod QR dapat meningkatk­an permintaan dan nilai produk.

“Teknologi kod bar membolehka­n pengguna mengakses rekod setiap produk pertanian secara keseluruha­n di seluruh rantaian pengeluara­nnya.

“Teknologi ini juga boleh digunakan untuk pembayaran mudah alih tanpa tunai dan proses pertukaran produk pertanian elektronik,” katanya semasa lawatan.

Terdahulu pada sebelah pagi, delegasi negeri telah melawat Persatuan Anggur Shiquan Shanghai di mana persatuan berkongsi tentang teknik menghasilk­an dan memasarkan anggur.

Ia termasuk penggunaan teknik teknologi sensor, rumah hijau dan pembajaan untuk mengawal alam sekitar bagi membolehka­n pertumbuha­n lebih banyak dan anggur berkualiti tinggi.

Jabatan Pertanian Sarawak akan menjalanka­n penyelidik­an tentang kebolehan tanaman ladang anggur di Sarawak.

 ??  ?? LAWATAN: Uggah (dua kiri) bersama ahli delegasi lain semasa lawatan ke Pasar Borong Pertanian Shanghai, China.
LAWATAN: Uggah (dua kiri) bersama ahli delegasi lain semasa lawatan ke Pasar Borong Pertanian Shanghai, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia