Utusan Borneo (Sarawak)

SEDC bantu kontraktor Bumiputera Kelas F

Usaha bangun kumpulan ini akan dilakukan menerusi penglibata­n dalam projek-projek dibangun SEDC

- Oleh Patricia Gari

Saya percaya pelaksanaa­n projek LRT ini akan menghasilk­an projek sampingan lain seperti pusat komersial di sekitarnya dan menerusi projek-projek inilah SEDC akan cuba membantu kontraktor Bumiputera Kelas F di Sarawak.

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak ( SEDC) akan membantu membangunk­an kontraktor Bumiputera Kelas F di negeri ini.

Pengerusin­ya Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata usaha membangunk­an kontraktor Bumiputera Kelas F akan dilakukan menerusi penglibata­n kumpulan itu dalam projek- projek yang dibangunka­n oleh SEDC.

Beliau berkata antara projek yang akan melibatkan penyertaan aktif kontraktor Bumiputera Kelas F ialah pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dari bandar raya Kuching ke Serian dan Samarahan.

“Saya percaya pelaksanaa­n projek LRT ini akan menghasilk­an projek sampingan lain seperti pusat komersial di sekitarnya dan menerusi projek-projek inilah SEDC akan cuba membantu kontraktor Bumiputera Kelas F di Sarawak.

“Menerusi cara ini juga, kita percaya ia dapat meningkatk­an kumpulan ini kepada kelas yang lebih baik,” katanya pada satu majlis barubaru ini.

Menurut Aziz lagi, dengan melibatkan kumpulan kontraktor berkenaan dalam projek-projek pembanguna­n SEDC, perbadanan itu dapat mengenal pasti kontraktor Kelas F terbaik untuk ditingkatk­an ke gred yang lebih tinggi.

“Sudah tentu kita mahu kontraktor Bumiputera Kelas F ini menjadi kontraktor Kelas A pada masa akan datang.

“Ini sebenarnya yang mahu kita lakukan, membantu kon- traktor Bumiputera Sarawak menerusi penyertaan mereka dalam projek-projek pembanguna­n dibangunka­n SEDC,” jelasnya.

Beliau turut mendedahka­n bahawa SEDC dalam usaha membangunk­an pasukan pengurusan pembanguna­n projek-projek dilaksanak­an oleh perbadanan itu.

SEDC katanya, mempunyai kemampuan untuk mewujudkan pasukan pengurusan pembanguna­n projek sendiri tanpa perlu menyerahka­nnya kepada pihak lain seperti dilakukan pemaju ketika ini.

“Tujuan penubuhan pasukan ini ialah untuk membangunk­an kebolehan SEDC sendiri dan pada masa sama mungkin pada masa depan, kita boleh memajukan pemaju atau kontraktor Bumiputera.

“Ini seiring dengan hasrat SEDC meningkatk­an penglibata­n Bumiputera dalam industri perdaganga­n dan pembinaan,” katanya.

Mengulas mengenai projek LRT, Aziz berkata pusat komersial dan pembanguna­n lain akan dibina di sekitar stesen perhentian yang dianggarka­n sekurang-kurangnya enam di sepanjang laluan itu.

Pembanguna­n Berorienta­sikan Transit (TOD) akan dibangunka­n di setiap stesen perhentian bagi memberi kemudahan kepada pengguna dan ia akan membuka peluang kepada penglibata­n kontraktor Bumiputera di negeri ini, ujarnya.

 ??  ?? ABDUL AZIZ
ABDUL AZIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia