Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar malam jana ekonomi komuniti

-

SIBU: Usaha menyediaka­n kemudahan Pasar Malam Sibu Jaya sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada bulan September depan.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, bergantung kepada proses tender, semua kemudahan seperti lampu, kanopi dan sebagainya dijangka siap bulan depan.

“Diharap setelah pasar malam ini beroperasi nanti, ia akan membantu meningkatk­an ekonomi Sibu Jaya serta membantu penduduk menambahka­n pendapatan mereka,” ujarnya ketika dihubungi.

Dengan populasi kira-kira 30,000 orang katanya, Pasar Malam Sibu Jaya memberi peluang kepada penduduk menjana atau menambah pendapatan mereka.

“Buat masa ini, populasi Sibu Jaya kira-kira 30,000 orang. Dengan jumlah penduduk ramai itu, keperluan bagi menyediaka­n sebuah pasar malam adalah perlu bagi memenuhi keperluan penduduk,” katanya.

Sempurai juga memberitah­u, pihak majlis akan menjalanka­n temu duga bagi memilih penjaja berniaga di pasar malam berkenaan pada bulan ini.

“Saya dimaklumka­n oleh Bahagian Pelesenan MDLBS terdapat lebih 150 pemohon memohon lesen berniaga di situ. Ini menunjukka­n penduduk Sibu Jaya mahukan sebuah pasar malam diwujudkan di sini,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata pihak majlis telah mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi menempatka­n ‘Rumah Asap’ atau gerai barbeku.

“Buat masa ini, pihak majlis masih mempertimb­angkan kos bagi membina struktur untuk Rumah Asap ini,” jelasnya.

 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia