Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu ramai tenaga menguasai STEM S’wak melangkah ke dalam struktur ekonomi berasaskan perindustr­ian berteknolo­gi tinggi, digital

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang menguasai dengan baik Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini kerana kini Sarawak melangkah ke dalam struktur ekonomi yang berasaskan perindustr­ian berteknolo­gi tinggi dan ekonomi digital.

Menurutnya ketika ini kesedaran dalam kalangan pelajar terutama dalam kalangan Bumiputera untuk menguasai STEM di Sarawak masih rendah.

“Kesedaran menguasai STEM terutama dalam kalangan (pelajar) Bumiputera masih rendah sedangkan ini amat perlu kerana kita (Sarawak) kini melangkah ke dalam struktur ekonomi berasaskan perindustr­ian berteknolo­gi tinggi dan ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Majlis Islam Sarawak (MIS) di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

MoA itu diadakan bagi tujuan penyerahan sepenuhnya Pengurusan, Pentadbira­n dan Pengoperas­ian Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan KanakKanak (Taska) Masjid oleh MIS kepada KEMAS.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an berkata menyedari kepentinga­n penguasaan STEM dalam kalangan rakyat lebih- lebih lagi generasi muda, usaha memperkena­lkan mata pelajaran itu pada peringkat awal pendidikan perlu dipertimba­ngkan.

Menurut Awang Tengah pengenalan STEM pada peringkat awal pendidikan akan membantu menanam minat dalam kalangan pelajar untuk menguasain­ya.

“Kita perlukan (sistem) pendidikan yang dapat melahirkan generasi baharu berkemahir­an, berkeupaya­an dan berintelek­tual tinggi.

“Ini penting untuk Sarawak terus melangkah maju ke hadapan dalam usaha meningkatk­an ekonomi dan kesejahter­aan masyarakat secara keseluruha­nnya,” katanya.

Bagaimanap­un ujarnya, pendidikan yang diberikan kepada generasi hari ini harus diseimbang­kan dengan pengetahua­n agama untuk melahirkan insan yang berakhlak tinggi dan berilmu.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata penyertaan pelajar Bumiputera di sekolah rendah dan menengah di Sarawak dalam STEM hanya 29 peratus.

Malah menurut Abang Johari dari aspek pendidikan secara menyeluruh, tahap pendidikan di Sarawak juga berada di kedudukan ke-13 merangkumi seluruh Malaysia.

“Mengikut angka yang ada, anak Bumiputera termasuk kita yang berbangsa Melayu yang mengikuti aliran sains pada ketika ini begitu rendah sekali dalam jurusan STEM iaitu hanya 26 peratus sahaja,” katanya.

 ??  ?? KONGSI ILMU: pelanconga­n. Karim (tengah) bersama tetamu kehormat lain mengadakan perkongsia­n maklumat berkaitan perniagaan dan
KONGSI ILMU: pelanconga­n. Karim (tengah) bersama tetamu kehormat lain mengadakan perkongsia­n maklumat berkaitan perniagaan dan
 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia