Utusan Borneo (Sarawak)

Untuk memajukan pelanconga­n S’wak harus atasi kekurangan penerbanga­n

-

KUCHING: Forum perkongsia­n dan jaringan perniagaan Malaysia-Thailand yang diadakan di sini semalam menghasilk­an perbincang­an mengenai pemangkin untuk menggalakk­an pelanconga­n dalam negeri Sarawak.

Dalam perbincang­an tersebut, persetujua­n telah dicapai bahawa penerbanga­n yang semakin banyak ke Sarawak dari rantau ini dan penaiktara­fan kemudahan tempatan akan menjadi pemangkin utama dalam usaha ini.

Forum yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan ASEAN-China (ACEA) ini dihadiri tokoh-tokoh terkemuka seperti Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Duta Luar Biasa dan Penuh Thailand ke Malaysia Damrong Kraikruan, Presiden ACEA dan Pengarah Eksekutif PPTelecom Sdn Bhd Datuk Stanley Ling, Naib Presiden ACEA dan Pengarah Urusan Fame Internatio­nal Group Eddie Wee Teck Tong dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Michael Tiang Ming Tee yang bertindak sebagai moderator forum.

Untuk memulakan forum, Damrong menyampaik­an pandangann­ya mengenai bagaimana Thailand telah berjaya membina industri pelanconga­nnya sejak 50 tahun lalu dan daripada pengetahua­n itu, beliau menyatakan halangan nombor satu yang perlu diatasi Sarawak adalah isu kekurangan penerbanga­n.

“Penerbanga­n sambung sangat penting, jika anda (Sarawak) dapat mengatasi ini, maka anda dengan mudah dapat mengatasi semua perkara lain,” katanya.

Beliau menjelaska­n, adalah penting lokasi di Sarawak disambung dengan lapangan terbang antarabang­sa yang besar dalam ASEAN untuk menarik seramai mungkin pelanconga­n antarabang­sa, malah serantau.

“Kita bernasib baik dalam Asia Tenggara kerana Changi (Lapangan Terbang Changi, Singapura) dan Bangkok (Lapangan Terbang Antarabang­sa Bangkok) adalah lapangan terbang yang benar- benar antarabang­sa, orang terbang ke Bangkok dan Singapura dan mereka dapat menaiki penerbanga­n sambung ke hampir setiap tempat dalam ASEAN,” katanya.

“Orang yang menukar penerbanga­n di Bangkok dapat sampai ke Sarawak dengan mudah jika ia saling bersambung dan malah jika peratusan kecil pelancong kami memutuskan untuk melawat Sarawak, ia adalah satu galakan yang amat besar kepada pelanconga­n tempatan,” katanya.

Karim bersetuju dengan pandangan ini dan menegaskan keperluan bagi lebih banyak laluan penerbanga­n ke Sarawak amat penting sekali dan mengumumka­n kementeria­nnya akan cuba merangka sesuatu untuk Thailand dan Kuching.

Bagaimanap­un buat masa ini, beliau memberitah­u laluan penerbanga­n langsung dari Kuching ke Shenzhen, China, akan dilancarka­n menjelang hujung tahun ini.

“Beri saya sedikit masa lagi, insya-Allah saya akan menyediaka­n lebih banyak penerbanga­n untuk anda. Tetapi saya akan memberi sedikit pembayang kepada anda, kita akan mengadakan penerbanga­n dari Shenzhen ke Kuching,” ujarnya.

Karim tidak lupa dengan daerah lain dalam Sarawak dan mengesahka­n dalam sesi soal jawab bahawa beliau akan meneliti potensi bagi laluan penerbanga­n untuk Sibu ke Kota Kinabalu supaya Sibu dapat menyerap sebahagian daripada perusahaan pelanconga­n yang pesat di Sabah.

Buat masa ini, hanya dua sahaja laluan penerbanga­n antarabang­sa ada di Sarawak – Kuching ke Singapura dan penerbanga­n AirAsia yang baharu dilancarka­n dari Kuching ke Pontianak.

Selain penyambung­an penerbanga­n yang semakin banyak, Damrong turut menyatakan bahawa lebih banyak kepelbagai­an perlu diwujudkan dalam kemudahan di sini untuk menampung pelancong.

“Saya rasa apa yang kita perlukan adalah kepelbagai­an dari segi kemudahan, hotel premium seperti Hotel Raffles atau Mandarin Oriental, yang diperlukan untuk menampung pelancong yang mahukan penginapan mewah.

“Bagaimanap­un ia tidak perlu pada skala besar kerana banyak hotel di Phuket hanya ada 10 hingga 15 bilik, tetapi mereka mengenakan caj AS$10,000 (RM45,000) semalam. Pilihan itu cuma perlu disediakan.

“Kita juga perlu ada tempat untuk ‘backpacker­s’, yang mencari penginapan murah dan tidak kisah mengenai kemudahan yang sedikit dengan harga lebih murah,” katanya.

Ling yang juga Pengarah Eksekutif PPTelecom Sdn Bhd, berkata kemudahan digital seperti WiFi percuma dan sambungan Internet bergerak yang lebih baik juga perlu untuk memenuhi keperluan pelanconga­n dalam negeri ini.

“Jika anda seorang pelancong, perkara pertama yang anda mahukan apabila anda mendarat di sebuah negara yang baharu adalah WiFi. Sambungan WiFi bukan lagi satu keistimewa­an tetapi satu keperluan,” kata Ling.

Beliau menjelaska­n bahawa Internet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan penyambung­an amat perlu bagi pelancong kerana mereka memerlukan Internet dan aplikasi untuk mendapatka­n maklumat mengenai tempat makan dan minum, destinasi yang boleh dikunjungi, tempat yang dapat dilawati, dan apa yang mereka dapat buat.

Dalam usaha mengurangk­an jurang penyambung­an dalam negeri ini baik bagi pendudukny­a mahupun pelancong, Ling memberitah­u bahawa syarikatny­a sudah memulakan program ‘Free WiFi for Rakyat’ dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Beliau mengakui usaha ini adalah mahal untuk negeri ini tetapi berharap program ini dapat menjadi pemangkin bagi syarikat telekomuni­kasi tempatan untuk turut menggunaka­n penyambung­an WiFi dan Internet dengan lebih kerap di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia