Utusan Borneo (Sarawak)

13 NGO terima geran MRP daripada Dr Hazland

-

KUCHING: Sebanyak 13 pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) bahagian Kuching menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Majlis penyerahan geran MRP keseluruha­n berjumlah RM89,000 itu diadakan di Premis Wakaf Medan Hamidah, Jalan Demak Jaya di sini kelmarin.

Dr Hazland pada majlis itu mengingatk­an setiap NGO yang menerima geran tersebut agar menggunaka­n wang itu sebaik mungkin bagi menjalanka­n aktiviti pertubuhan.

“Gunakanlah geran yang diberi kerajaan ini sebaikbaik­nya untuk menjalanka­n sebarang aktiviti pertubuhan yang memberi impak positif kepada masyarakat di kawasan kamu,” katanya.

Antara 13 NGO itu ialah Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak, Persatuan Guru Al- Quran Bahagian Kuching, Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak dan Kelab Muay Thai SS Fighters Petra Jaya.

Selain itu, Kelab Sukan dan Rekreasi Motosikal Berkuasa Tinggi Kota Samarahan, Ja- watankuasa Kebajikan, Sukan dan Sosial Cawangan Khas IPD Kuching dan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Antara lain, Kelab Sukan dan Rekreasi SABATI , Kelab Sukan dan Rekreasi Simu, Harakah Islamiah ( HIKMAH), Kelab Sosial dan Kakitangan SABERKAS serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bako.

“Pemberian geran ini adalah menyeluruh bagi setiap pertubuhan yang ada kerana kerajaan sentiasa menyokong setiap usaha yang dijalankan oleh NGO di negeri ini,” ujar Dr Hazland lagi.

 ??  ?? LANCAR: Fatimah (duduk) menunjukka­n buku panduan dan kad pengurusan remaja hamil sambil ditemani Rosey dan ahli jawatankua­sa lain.
LANCAR: Fatimah (duduk) menunjukka­n buku panduan dan kad pengurusan remaja hamil sambil ditemani Rosey dan ahli jawatankua­sa lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia