Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai usahawan TUBE berjaya buka perniagaan

Penglibata­n langsung, proaktif usahawan muda Bumiputera menerusi program TUBE mendapat pujian

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Penglibata­n secara langsung dan proaktif para usahawan muda Bumiputera menerusi program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di negeri ini, khasnya mendapat pujian.

Malah, menerusi program seumpama itu, para peserta dapat mengubah nasib masing- masing yang bermula dari sifar sehinggala­h mampu menjadi usahawan yang berkeupaya­an menjana pendapatan lumayan.

Perkara tersebut dikongsika­n Presiden Persatuan Usahawan TUBE Kenyalang Ahmad Shazani Mohamad Ghazali selain memberitah­u, kini kebanyakan usahawan di bawah program tersebut telah berjaya membuka perniagaan serta memperluas­kannya dengan membuka rangkaian serta cawangan dalam waktu terdekat.

“Dari sini, kita dapat melihat bahawa TUBE telah berjaya mentransfo­rmasikan para peserta menjadi insan yang berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi rombongan SME Corporatio­n (SME Corp) Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Dr Hafssah Hasyim serta Pengarah SME Corp Sarawak Asma Esa ke salah sebuah premis usahawan TUBE di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ahmad Shazani berkata, persatuan itu juga berhasrat menganjur beberapa kelas dan bengkel seperti kelas iklan Facebook (Facebook Ads) untuk para usahawan.

Sementara itu, Hafsah berkesempa­tan melahirkan sokongan dan galakan kepada para usahawan TUBE agar mencipta rangkaian sesama sendiri untuk saling bertukar pendapat serta pengalaman bagi mengembang­kan lagi perniagaan.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian alumni TUBERS yang telah berjaya membuka perniagaan serta mempunyai beberapa cawangan.

“Dengan ini saya berharap para usahawan TUBE akan terus bekerjasam­a rapat dengan pihak SME Corp dalam sebarang aktiviti atau program

Dari sini, kita dapat melihat bahawa TUBE telah berjaya mentransfo­rmasikan para peserta menjadi insan yang berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan.” Ahmad Shazani Mohamad Ghazali Presiden Persatuan Usahawan TUBE Kenyalang

yang diadakan pada masa akan datang,” jelasnya.

Pada kunjungan tersebut, rombongan turut berkesempa­tan menghadiri majlis pelancaran portal baharu kerajaan di bawah MAMPU Malaysia di INTAN Kota Samarahan, dekat sini.

 ??  ?? ALBUM: Habsah (tengah) merakam kenangan bersama rombongan SME Corp dan para peserta usahawan TUBE, semalam. Turut kelihatan Esma (enam kanan) dan Ahmad Shazani (empat kanan).
ALBUM: Habsah (tengah) merakam kenangan bersama rombongan SME Corp dan para peserta usahawan TUBE, semalam. Turut kelihatan Esma (enam kanan) dan Ahmad Shazani (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia